Tuesday, October 6, 2015

Surat Saudagar Raja kepada Kapten Scott (MS40320/3 folio 16) memohon 60 bandela kapas dan kiriman 400 buah menggusta

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan daripada perhamba Saudagar Raja, sampai kepada Kapitan Uskat yang arif lagi bijaksana, telah masyhur ke mana2.


Kemudian daripada itu, ahwal kapas dua puluh bandela kecik dibawa Kapitan Jaga2 itu sudah perhamba terima ambil. Maka, dahulu sudah sampai tiga puluh bandela besar, jadi empat puluh bandela sudah. 

Maka perhamba pinta lagi pada kapitan, kapas enam puluh bandela, biar cukup seratus bandela. Harganya itu perhamba himpun timah dan riyal, hantar pergi pada kapitan. Maka kapas itu pinta kapitan tolong muat di Jaga2, hantar mari, serta daftar segala ambilnya, dan wasil perhamba. Itu pun, pinta kapitan salin hantar mari bersama2 dengan kapas itu. 

Maka barang dagangan kapitan beri akan perhamba ini, pinta kapitan menaruh kasih hati kapitan di atas perhamba ini, beri dengan harga serupa sedikit. 

Maka adalah hadiah perhamba, buah menggusta empat ratus, perhamba serah beri pergi pada Kapitan Jaga2. Pinta kapitan terima ambil tanda ikhlas putih hati. Ahwal inilah perhamba nyatakan.

Perbuat surat tujuh likur hari bulan Syawal. Tamat.

No comments:

Post a Comment