Tuesday, June 30, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 57) berkenaan penghantaran Cik Awi untuk menerima khabar rahsia

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang dan tulus ikhlas yang tiada berputusan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang. 

Surat Puan Lina kepada Marsden, 7 November 1784 (MS40320/2 folio 52, 53) bertanyakan keadaan 2 orang anaknya

1784 hijrah nabi pada 7 haribulan November, pada pukul 4 siang, hari minggu adanya. 

Bahawa ini alamat surat serta tabik banyak-banyak datang daripada Encik Lina yang duduk di dalam kebu[n] di tengah Padang dalam negeri Pulau Perca jua adanya. Syahidan barang disampaikan Allah kiranya datang pada tuan saya, Tuan Mister Marsden yang duduk di dalam negeri sama-sama anak saya Nona Ketek dengan Nona Gadang adanya. Itu pun saya sangat percaya pada Allah dan pada malam dan siang, Tuan Allah kasih umur tuan panjang sama-sama anak saya kedua beradiknya di dalam dunia ini jua adanya, wa ba'dahu.