Wednesday, January 20, 2016

Catatan Pembelian Barang-barang dan Upah (MS40320/3 folio 68)

Pada dua belas hari bulan Sawal dibeli nibung dua ratus lima puluh enam batang, harganya sepuluh riyal. Tamat. 

Sebagai pulak dibeli nibung bulat empat puluh batang buat bangsal, itu juga harganya seriyal lima kupang. 

Wednesday, December 16, 2015

Surat Yusuf kepada Francis Light (MS40320/3 folio 67) berkenaan kes perbicaraan harta

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini menyatakan kirim tabik daripada Yusuf, disampaikan Tuhan kita Hannan al-Mannan apalah kiranya kepada pihak majlis Dato’ Gurnador yang bertahta dalam daerah bandar Pulau Pinang, ialah yang sangat bijaksana, barang suatu ahwalnya dangan segala sahabat handainya karib dan ba’id dan ialah yang sangat mengasihani segala fakir dan miskin. Maka masyhurlah pada segala tanah timur dan barat akan warta yang baik, barang ditambahi Allah kebesarannya serta perkasa pada segala seterunya dengan tolong Tuhan Wahid al-Qahhar, amin ya Rab al-‘alamin wa ba’dah.

Saturday, December 5, 2015

Surat Abdul Rahim Haji Abdullah Melaka kepada Francis Light (MS40320/3 folio 65 & 66) berkenaan mengutip hutang daripada Nakhoda Pu Pali (19 Rabiul Akhir 1207, 4 Disember 1792)

Ya Qadiya al-Hajat

Bahawa warkah al-ikhlas yang terbit daripada fua[d] al-azkiah yang termaktuba dalam secarik suhuf al-tamam. Wa as-solat wa al-salam ala saiyid al-mursalin, wa ala alihi wa sahbihi ajmain. Maka inilah al-salamullah Malik al-Alam yang dipesertakan dengan beberapa tahmid yang terafdal, doa yang terakmal, dihiasi dalamnya tahiyyat al-kiram, sudi dengan tecari(?) ala al-dawam, yang tiada berkeputusan fi jami’ al-lail wa al-ayyam, iaitu da[ri]pada Encik Abdul Rahim bin Haji Abdullah yang bernaung dalam bandar negeri Melaka, barang diwasalkan tuan kita seru alam, apalah kiranya datang kepada Senyur Gurnador yang mempunyai perin[t]ah dalam negeri Pulau Pinang Darul Aman, telah beroleh martabat kebesaran dan kemuliaan daripada Tuhan kita seru alam, serta mempunyai perangai pada hal melakukan atas segala sahabat handai taulannya, lagi pengasih dan penyayang akan segala dagang yang musyafir ialah sangat kebilangan daripada tiap2 negeri, istimewa kepada segala samanya raja2 yang adil pada hal memerintahkan segala pekerjaan yang sempurna, waba’du.

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS40320/3 folio 64) berkenaan hamba Tenu (5 Syawal 1206, Ahad, Tahun Alif, 27 Mei 1792)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada Tunku Raden Muhammad, mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana, yang telah masyhur kedengaran sampai kemana mana, perintah bersahabat hina dina.

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS40320/3 folio 63) berkenaan masalah jenayah bunuh di lautan

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan, muafakat yang tiada berkesudahan, selagi ada cakerawala matahari dan bulan, kepada pihak bersahabat handai dan taulan, daripada Tengku Raden Muhamad sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana, telah masyhur sampai kemana mana, kepada pihak bersahabat yang sempurna, sampai ke barat lalu ke timur kedengaran bahana.

Surat Raja Ali Selangor kepada Francis Light (MS40320/3 folio 62) untuk meminjam wang selaksa rial (17 November 1788)

Al-Shams wa al-Qamar 

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati putih hati iaitu daripada Raja Ali barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gubernor di Pulau Pinang yang beroleh perintah di bawah kompeni Inggeris yang beroleh nama sekalian kepada orang Islam negeri Timur ini amma ba’dah