Al-Mustahaqqah
Hamba Dato’ Saudagar Raja merafakkan sembah ke bawah qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi arif bijaksana, telah masyhur ke mana-mana.
Kemudian pada itu, ahwal surat qadam Dato` dibawa Nakhoda Husna Marikan sampai pada hamba Dato` pada dua belas haribulan Syawal, suruh hamba Dato` beli himpun lembu tambun lima puluh ekor. Maka pada tiga belas haribulan, mari Kapitan Jaga2 hendak terima lembu. Dahulu qadam Dato` pesan pada Raja Pahlawan Ali Khan suruh hamba Dato` beli himpun padi beras sahaja.
Sudahlah hamba Dato` beli himpun taruh, ada hadir beras dua tiga puluh koyan dan padi dua tiga puluh koyan. Pinta qadam Dato` suruh Jaga2 mari terima ambil. Maka, sudahlah hamba Dato` suruh orang pergi cahari beli himpun lembu besar2. Jika sudah himpun, boleh hamba Dato` maklumkan. Maka inilah lembu yang ada hadir tujuh belas ekor, hamba Dato` serah beri pergi pada Kapitan Jaga2, pinta qadam Dato` suruh orang terima ambil. Maka ada timah hamba Dato` sedikit dulapan bahara, hamba Dato' kirim beri pergi pada Kapitan Jaga2. Jika qadam Dato` berguna, qadam Dato` terima ambil. Jika tiada, qadam Dato` suruh Kapitan Scott terima ambil.
Hamba Dato` pinta opiun yang baik barang sepuluh peti. Pinta qadam Dato` tolong muat pada Jaga2 yang mari terima padi beras akan harganya itu. Hamba Dato` himpun padi, beras, rial, lembu, timah, maklumkan pergi, boleh qadam Dato’ suruh mari terima. Ahwal inilah hamba Dato’ ma’lumkan.
Perbuat surat lima belas haribulan Syawal. Tamat.
No comments:
Post a Comment