Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang bijaksana lagi arif, telah masyhur ke mana-mana.
Kemudian daripada itu, ahwal ambilan bayaran Saudagar Raja pada Kapitan Scott itu kata ada berselisih. Maka sudah beta suruh Setia Raja bawa daftar itu pergi berbanding dengan daftar kapitan Scott, kira-kira beri tentu, pada masa Setia Raja pergi ke Pulau Pinang sudah Kapitan Scott pergi ke Acheh.
Maka sahabat beta beri mari surat apabila sampai Kapitan Scott pulang dari Acheh, suruh Setia Raja pergi hendak tolong berkira-kira beri tentu. Maka inilah beta suruh Setia Raja bawa daftar itu pergi pada sahabat beta, pinta dengan penolong sahabat beta suruh Kapitan Scott berkira-kira beri tentu. Maka Setia Raja pun sahabat beta beri balik segera kerana banyak kerja beta hendak suruh Setia Raja itu.
Pergi surat hari Selasa, empat haribulan Zulhijjah. Tamat.
[Di belakang surat]
July 92
The King of Queda
concerning his xxx.
with J Scott
No comments:
Post a Comment