Tuesday, July 7, 2015

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light (MS40320/11 folio 158) berkenaan perbezaan daftar pengambilan barangan

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana lagi arif, telah masyhur ke mana-mana.


Kemudian daripada itu, ahwal akan surat serta daftar sahabat beta beri mari, dibawa Mata-mata Nakhoda Sibu itu sampailah pada beta. Maka tersebut di dalam surat sahabat beta suruh berbanding daftar ini dengan daftar sinun. 

Maka beta suruh banding, sudah berbetulan hingga pada fasal opium dua puluh peti itu sahaja ada berselisih. Itulah beta suruh Setia Raja dan Mata-mata Nakhoda Sibu pergi nyatakan pada sahabat beta perintah opium itu. Apabila sudah tentu, sahabat beta beri balik Mata-mata Nakhoda Sibu itu segera, boleh beta beri pergi meteri seperti surat sahabat beta beri mari dahulu itu. 

Ahwal itulah beta nyatakan. Pergi surat enam haribulan Zulhijjah. Tamat.

[Di belakang surat]

July 1792

King of Queda

Inspecting his
accounts with 
the Hble(?) company 

No comments:

Post a Comment