Tuesday, July 7, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 70) berkenaan hadiah keris kepada Jeneral di Benggala serta ketiadaan balasan surat baginda kepada Jenderal di Benggala (6 Jamadil Awal 1202 / 13 Februari 1788)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.


Ahwal adalah sahabat beta minta keris hendak beri pergi akan Jenderal di Benggala. Maka itulah kerisnya beta suruh buat pekakasnya dengan emas, beta beri pergi pada anak beta itu Cik Awi, minta sahabat beta terima ambil keris itu.

Bermula akan surat beta beri pada sahabat beta dahulu, minta sampaikan pada Jenderal di Benggala. Kemudian satu pula surat beta beri pada sahabat beta pada masa beta duduk di Pulau Dudur, minta sampaikan pada Jenderal di Benggala juga. Maka khabar surat-surat itu tiada apa satu sahabat beta nyatakan mari kepada beta yang tentu seperti pinta beta. 

Maka segala hal beta sekaliannya itu sudah beta nyatakan kepada sahabat beta. Maka kata sahabat beta hendak mari, boleh beta berjumpa dengan sahabat beta muafakat dibicarakan pada segala hal beta. Maka ini dengan sebab ada hal, sahabat beta tiada boleh mari, jadi susah hati beta kerana kekurangan belanja, belanja dengan sebab banyak jenis kehendak Siam, tiada berputus beta duduk belanjakan, tambahan belanja budak-budak beta di dalam kampung beta sehari-hari ini. Itu pun sangat kesukaran. 

Maka segala hal inilah beta suruh anak beta itu Cik Awi bawa surat beta ini pergi kepada sahabat beta, boleh sahabat beta bicarakan segala hal beta ini. Buat surat sahabat beta, beri mari pada anak beta itu, boleh sampai kepada beta.

Ahwal inilah beta nyatakan pada sahabat beta. Perbuat surat enam haribulan Jamadil Awal. Tamat. 

[Di belakang surat]

King of Queda

16 Feby 88

No comments:

Post a Comment