Tuesday, July 7, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 67) meminta Francis Light datang mengadap segera bagi membincangkan surat daripada Raja Siam dan Sultan Selangor (Isnin, 16 Rabiul Akhir 1201 / 5 Februari 1787)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Senyur Gurnador Pulau Pinang.

Maka adalah Raja Siam beri surat mari kepada beta ini kehendak perahu tengah dua ratus haluan dan orang lima ribu dengan alat senjata ubat peluru, suruh beta siap lengkapi diberi segera, pergi pukul negeri Merit Tenu dan beras dan dagangan kain baik-baik dan gajah banyak jenis, dikehendak Raja Siam kepada beta itu. 

Maka di dalam beta muafakat dengan segala menteri pegawai hendak dibicarakan seperti kehendak Raja Siam itu, tiba-tiba datang surat Raja Selangor sampai pada beta pada hari Ahad, lima belas haribulan Rabiul Akhir. Maka inilah beta nyatakan kepada sahabat beta, pinta sahabat beta mari segera kepada beta ini, boleh beta muafakat dengan sahabat beta bicarakan perintah Raja Siam dan surat Raja Selangor itu, beri tentu boleh segera beta balas suratnya itu, diberi berlayar pergi. Jika apa ada kerja sahabat beta itu, ditinggalkan dahulu, mari kepada beta ini.

Pergi surat pada hari Isnin, enam belas haribulan Rabiul Akhir. Tamat al-kalam.

[Di belakang surat]

Surat Yang Dipertuan Kedah

5 Feby 87
Dipetuan Queda

No comments:

Post a Comment