Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.
Ahwal adalah perintah beta dengan Raja Besar Benua Siam. Maka segala yang diperintahnya itu bersalahan daripada adat segala raja yang dahulu-dahulu, diberatinya segala kehendaknya. Maka dalam itu pun beta turut juga seperti kehendaknya perahu tengah dua ratus haluan dan rakyat lima ribu. Itu pun beta muafakat hendak turut juga ambil jalan kebajikan, jangan salah daripada beta.
Maka sekarang datang pula kehendaknya lain daripada perahu tengah dua ratus dan rakyat lima ribu itu. Sekarang hendak diberi mari Raja Ligor dan Raja Mardelong dan Raja Singgora bawa mari rakyat selaksa, disuruhnya beta adakan pula perahu dua ratus dengan alat senjata ubat peluru serta bekalnya beri cukup orang selaksa itu, beri pergi ke negeri Awak. Jika tiada beta adakan seperti kehendaknya itu, sudah dinyatanya mari hendak dibinasa negeri beta. Maka seperti kehendaknya itu, tiadalah beta teradakan. Inilah beta nyatakan kepada sahabat beta apa bicara muafakat sahabat beta dengan beta pula perintah itu dinyatakan mari, boleh beta ketahui.
Ahwal inilah beta nyatakan. Perbuat surat empat belas haribulan Rabiul Awal, hari Isnin. Tamat.
[Di belakang surat]
Ini surat Yang Dipertuan Kedah
Raja Quedah 26 Dec. 87
[Di belakang surat]
Ini surat Yang Dipertuan Kedah
Raja Quedah 26 Dec. 87
No comments:
Post a Comment