Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.
Bahawa akan surat sahabat beta beri mari itu sudahlah dimaklumkan Laksamana pada beta. Maka tersebut di dalam surat itu sahabat beta nyatakan mari akan opium dua pu[luh?] peti itu, pemberian Jenderal Benggala akan beta. Maka menerima kasihlah, beta terima ambil dengan putih hati.
Maka lagi tersebut dalam surat itu, sahabat beta pinta Laksamana pada beta, kata hendak muafakat buat janji beri akan beta. Maka perintah itu tiadalah suatu pun ada lagi kira-kira daripada beta kerana sekalian itu sudah dahulu beta nyatakan pada sahabat beta, serta beta beri surat akan sahabat beta, beta pinta sahabat beta bawa sampaikan pada Jenderal Benggala, beta pinta tentukan seperti pinta beta itu.
Maka tatkala sahabat beta hendak pergi ke Pulau Pinang, itu pun sahabat beta buat beri janji akan beta taruh. Maka janji itulah beta pegang, tiadalah boleh beta dan sahabat beta ubahkan. Itulah beta nyatakan pada sahabat beta.
Perbuat surat pada sembilan haribulan Jamadil Akhir, hari Isnin. Tamat.
[Di belakang surat]
Recd 18 March
No comments:
Post a Comment