Kasih serta sayang daripada Nakhoda Marikan iaitu Raja Pahlawan Ali Khan sampai kepada Tuan Kapitan Uskat yang istirehat.
Ahwal maka adalah fasal pinang tuan kapitan beli itu, kata orang Acheh, bapu jual harga dulapan laksa sebonggol kutan(?). Maka sangatlah dianiaya orang Acheh hendak diambil harga dulapan laksa sebonggol juga akan seperti pinang gendala. Itu pun kata orang Acheh tiada ianya bilang konon.
Maka tatkala satu hari orang Acheh itu juga pergi ke kapal bilang sudah tentu sekarang, demikian katanya akan seperti harga itu pun diperbuat dakwa sudah jual beli, kemudian diperbuat haru hara. Maka perintah orang Acheh semua tuan kapitan ketahui, itulah Bapu pergi mendapat tuan kapitan, pinta tuan kapitan katakan pada orang Acheh itu berapa kapitan beli pinang dan berapa harga pinang tuan kapitan beli pada sebonggol, karena kata orang Acheh tuan kapitan tawar pada Acheh itu kurang dua kupang tiga rial konon(?) selaksa, kata Bapu tuan kapitan tawar harga sepuluh lepas sebonggol, sekarang mana harga tuan kapitan beli itu, pinta nyatakan pada orang Acheh dan Bapu biar berhadapan, karena sekarang sangat dibuat aniaya orang akan hamba orang tuha. Itulah pinta tuan kapitan tolong beri lepas daripada aniaya orang ini, jika tiada teraniayalah hamba apa ini.
Maka surat akan Gurnador Dato Kapitan Light pun sudah dibawa Bapu pergi, boleh tuan kapitan tanya, jangan dengan sebab tuan kapitan hamba apa boleh cedera lagi aniayai oleh orang. Akan pinang sukat di kapal itu juga tuan kapitan benarkan sedikit boleh disukat dengan tong, dipilih budak dibilang menurut adat orang kebanyakan.
Kerani Long dan Nakhoda Kecik ketahui perintah itu, telah haraplah hamba tuan kapitan tolong boleh2 sekali ini sahaja beri selesai berhadapan orang Acheh itu. Jika disukat dipilih dibilang menurut adat, nescaya kurang daripada dahulu pula itu akan jadi kebaktian(?) hamba pula. Ahwal itulah hamba maklumkan, telah tinggilah harap hamba.
Bulan Muharam sembilan belas, hari Ahad.
No comments:
Post a Comment