Monday, February 12, 2024

Surat Pengeran Sharif Abdul Rahman Potianak kepada Tuan Kapitan berkaitan kiriman warkah dan hamba (MS 40320/2, f.9 & f.10)

Bahawa ini surat daripada menyatakan tanda sahabat bersahabat yang berkasih kasihan iaitu daripada Tuan Pangeran Sharif Abdul Rahman Nur al-'Alam maka barang disampaikan Allah Subanahu wa Ta'ala kiranya datang mendapatkan sahabat kita yang maha mulia lagi baik selama2nya iaitu Sayid Paduka Kapitan kapal mengerjakan barang suatu pekerjaan yang arif terbijaksana lagi artawan maka kita pohonkan atas sihat dan serta afiat serta beroleh selamat umur panjang adanya wa ba'dah 


kemudian daripada itu barang takrif kiranya kepada Tuan Kapitan maka kita melayangkan sepotong surat serta kita punya budak apa suka kapitan kepada kita jikalau ada barang suatu bicara Tuan Kapitan kasih sepotong tanda kepada kita dengan selamat adanya tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam

No comments:

Post a Comment