Alamat Putih Hati
Ini alamat surat tabik banyak2 iaitu datang daripada Pangeran Langgang Alam dalam Dusun Sungai Lemu barang disampaikan Tuhan 'Azza wa Jalla jua apalah kiranya datang mendapatkan Orang Kaya Peter Mister Marszen dalam muara Lais
adanya adalah akan hal hamba berkirim surat ini seboleh2nya hamba minta tolong dengan opiun barang dua puluh kati kalau tidak boleh dua puluh kati meski sepuluh kati dan seperti jenis opiun dahulu minta berikan kepada orang membawa surat ini ada kopiah satu hamba kirimkan akan tempatnya opiun itu dan taruh capnya di atas kopiah itu supaya jangan boleh dibuka2 dan lagi pula pada hal dagangan jikalau boleh hamba ambil barang berapanya di belakang surat ini boleh hamba suruh kawan ambil ke Lais adanya tetapi Orang Kaya Peter balaskan surat ini adanya suatu pun belum tanda putih hati dari hamba melainkan minta selamat umur panjang selama2nya intaha al-kalam tertulis kepada sembilan hari bulan Jamadil Awal pada hari Ahad pukul sembilan siang pada hijrat Nabi Muhammad sal'alam seribu seratus sembilan puluh satu tahun 1191
No comments:
Post a Comment