Bahawa inilah tabik banyak2 ialah daripada Sibawan di Air Ji juga adanya itupun barang disampaikan Allah apalah kiranya datang menjelang Tuan Komandor Mister Charles Miler atas Kota Gedung Muko2 selamat umur panjang juga adanya adapun biar tahu kiranya tuan daripada surat hamba ini adalah mengatakan seperti lada nan hamba kirim surat kepada tuan dahulu orang mau bayar harganya dengan kain separa dengan rial separa dan sekarang sudah berdacing lada tidak pula suka dianya kain mana2 kain nan tidak di situ inilah tanda mana2nya ditipuan hamba bayar dengan rial semuanya harga lada itu biar tuan tahu juga adanya semuanya lada nan baru hamba terima ini ada barang lada pun bara begitu itulah biar tuan tahu juga adanya juga lada nan akan datang ada dua buah jalur kecil lagi katanya orang lambang itu
Kemudian daripada itu dan tidaklah banyak apa apanya kami di Air Ji sekarang hamba sudah batah pula daripada sakit inilah biar Tuan tahu juga adanya dan lagi pula hamba bilangkan menjelang tuan ada orang membawa opiun di situ bilangan orang opiun tuan tetapi hamba tidak dapat surat jadi ditanya oleh saudagar di situ kepada hamba tidak ka tuan jawab hamba kerana hamba tidak dapat surat kepada tuan begitu saja kata hamba kepada orang di situ adanya dan tetapi tidak diapa2kan orang opiun itu tidak sehinggan ditanya2 orang saja kepada malb biar Tuan tahu juga adanya
Kemudian daripada itu ada pula hamba bilangkan menjelang tuan kalau ada orang mau menjual2 kerbau murah2 di situ atau dengan kain orang suka atau dengan opiun ada jadi hamba ambilkan tuan kerbau itu atau tidak kerana sehari2 ini orang datang bertanya juga kepada hamba menyuruh tannya kepada tuan sebab itu maka hamba berani kirim surat ini menjelang tuan adanya
Kemudian daripada itu sepeti bungkus kecil itu sebab tidak terbawa oleh orang Bugis nan dahulu itu kerana hamba sedang demam juga dia berjalan sebab itu maka hamba harap bilangkan kepadanya orang nan dahulu itu adanya
12 hari surat itu berjalan hari tamat al-kalam
1781 bulan di safar qadim
No comments:
Post a Comment