Thursday, May 2, 2024

Surat Saja Mualim kepada Charles Miller (MS 40320/2, f.29) berkaitan pinjaman wang (1775)

Ma'a al-ibn 

Dalam ripada Saja Mualim padanya tabik banyak2 sampai apalah kiranya kepada Tuan Peter Mister Charles Miller dalam Kota Muko2 juga adanya akan hal surat saya ini adalah mengatakan seperti surat daripada tuan telah sampai dengan selamatnya sepertilah saya dalamnya itu


Tetangan tuan mau tolong perwatian kasih pinjam rial dan berapa patut dikasih rial satu2 perwatian itu melainkan belum saya seperti baik2 kerana mau bertanya dengan perwatian dahulu dan berapa fikirannya boleh jadi satu2 perwatian menolong anak kemanakannya dan berapa fikirannya boleh berdacing lada pada musim ini akan pembayar rial itu dan suka dianya napak atau tidak melainkan saya tanya dahulu itu tiga hari di belakang surat ini hari Jumaat tentunya hari Sabtu saya kirim tulus sama tuan kerana perwatian sudah saya panggil semuanya di kuala tentu bicara itu biar tuan tahu adanya

Dan seperkara pula kerana anak kemanakannya separuh sudah ambil kain sekayu2 seorang tuan sudah kasih rodi dengan kami dahulu dalam surat ada 100 seratus rial semuanya ipu daya ramai tuan padanya kain janji berdacing ladanya musim ini buka dibayarnya dengan tuan dan sekarang ditambah dengan rial pula sebab itu mau berhadapan dengan perwatian dahulu adanya melainkan ditanya dianya punya lada anak kemanakannya semuanya berapa kira2 fikirannya boleh tentu fikiran patut dikasih

Dan seperkara pula saya mau tanya dengan tuan tetangan perwatian nan tidak berlada atau anak kemanakannya rial tidak barang2 tidak anak dengan bini saja ada patut dikasih pinjam atau tidak kasih pula saya tahu itu dan jikalau tidak dikasih pinjam dianya berjalan lalu dimana ada dapat padi kerana perwatian sudah bilang itu dianya tidak mau mengaku dan apabila berdacing tidak dapat akan pembayarnya dan tetapi jikalau tuan Peter suruh kasi perwatian mengakunya kami aku itulah bilangan perwatian adanya

Kemudian daripada itu pula lalunya seperti jalan lalu dari itu ramai itu melainkan terlebih suka saya tuan datang dikerjakan mencucinya lalunya pelembanya itu saya sepuluh kerjakan juga kerana tidak boleh lalu lain jalin tabiknya tinggi2 tidak boleh lalu kedua dan jikalau lekas tuan sampai daripada mau lalu di air ramai tidak boleh lekas dikerjanya lalunya upahnya belum tentu belanja saja saya kasih tiga rial nanti tuan sampai tentukan semuanya adanya lalunya jalan itu sudah terang separa saya suruh panggang semuanya dengan orang Bugis lalu2 adanya

Kemudian lagi pula saya menyuruh Bugis itu sampai di Muko2 sekali minta kertas dengan tuan berapa tuan suka kasih kerana saya punya kertas sudah habis adanya 

6-26-1775 tersurat pada bulan Oktober hijrat Nabi pukul enam pagi2

No comments:

Post a Comment