Wednesday, December 19, 2018

Salinan surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS40320/6, f.61) berkaitan bayaran 10,000 Rial (14 Syaaban, Selasa)

Daulat Tuanku Shah Alam Zillullah fi al-alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik memohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 


patik maklumkan ahwal akan surat Duli Yang Maha Mulia dibawa mata mata itu terjunjunglah di jemala patik maka segala yang tersebut dalamnya fahamlah patik maka adalah Jeneral Benggala beri mari surat pada patik mengatakan suruh sembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia selaksa rial sampai enam tujuh tahun kemudian tiada beri lagi maka fikir patik Duli Yang Maha Mulia tiada suka lalu patik pesan pada Dato Laksamana hendak sembahkan pada tiab2  tahun empat ribu rial selama orang Inggeris duduk dalam Pulau Pinang ini ampun tuanku jikalau kabul Duli Yang Maha Mulia seperti bicara patik ini duli tuanku nyata mari boleh patik buat surat maklumkan kepada Jeneral Benggala jikalau banyak bicara kompeni Inggeris mau buang Pulau Pinang ini cahari tempat yang lain lagi pun tiada kompeni nyata mari pada patik mengatakan jangan tolong negeri Kedah sekadar kompeni tiada mahu bubuh dalam janji kalau2 jadi binasa namanya ampun tuanku dan lagi kompeni pun ketahui Pulau Pinang dengan negeri Kedah jadi satu hamparan tiada boleh belah maka segala perniaga dalam Pulau Pinang tiada sampai tiga laksa setahun di mana boleh keluar belanja sekalian melainkan mana ikhtiar Duli Yang Maha Mulia dalam itu mana kehendak Duli Tuanku nyata mari boleh patik maklumkan kepada Jeneral ampun tuanku akan perintah Syiam  dengan Awak inipun banyak kali sudah orang Awak alah maka sekarang patik boleh khabar segala angkatan Awak sudah lari ke dalam hutan setengah masuk ke dalam Syiam  pada pendapat patik apabila menang Syiam  daripada Awak pasti ia mahu mari ke negeri Kedah maka itulah patik pohonkan ditentu barang sesuatu kira bicara boleh patik ketahui maka ada patik pesan pada Dato Laksamana mengatakan jikalau barang siapa ada seteru Yang Maha Mulia dalam negeri Kedah seterulah kepada orang Inggeris boleh Duli Tuanku nyata mari dengan segeranya ampun tuanku ahwal inilah patik maklumkan daulat saadah sihat bertambah2 perbuat surat pada empat belas hari bulan Syaaban hari Selasa tamat maka dua tahun sudah patik duduk dalam Pulau Pinang banyak belanja dalam tiga bulan ini patik hendak pulang ke Benggala tamat

No comments:

Post a Comment