Al-Shams wa al-Qamar
Bahawa ini surat daripada Duli Yang Dipertuan Selangor datang kepada sahabat kita Gurnador yang memerintahkan Kota Pulau Pinang yang amat berkasihan2
akan hal seperti Kapitan Rait tiada dia membawa surat sahabat kita kepada kita dan seperti dagangan yang dibawa oleh kapitan sudahlah habis kita bayar semuanya takala harta dia kita ambil pasti kita bayar jikalau tiada pasti kita juga yang malu seperti benihan2 yang sahabat kita kehendaki tiada sempat kita carikan kerana Kapitan Frair hendak lekas belayar tiada seperti hutang Kapitan Keri yang dikirimkannya kepada Kapitan Rait tiada kita terima kerana tiada cukup itulah sebabnya maka kita tak mau menerimanya sah adanya tujuh ratus ringgit dan seperti meriam yang besar jikalau ada sahabat kita suruh bawa ke mari barang dua pasang atau disepasang berat pelurunya dua puluh empat pan tersurat kepada enam likur hari bulan Zulkaedah kepada hari Ahad tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment