Sunday, January 5, 2020

Draf Surat Francis Light kepada Bendahara dan Laksamana Kedah (MS40320/5, folio 82) berkaitan bayaran pendudukan Inggeris di Pulau Pinang (21 Rejab 1205, Ahad / 26 Mac 1791)

Ini surat rencana

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Gurnador Pulau Pinang sampai kepada sahabat beta Dato’ Bendahara dan Dato’ Laksamana yang amat mulia wa ba’d 

dari itu ahwal akan surat sahabat beta serta rencana itu sampailah pada beta dengan sempurnanya maka segala yang disebut dalamnya fahamlah beta segenap perkaranya maka tersebut dalam surat sahabat beta suruh beta mengadap duli Tenku Raja Muda maka niat beta pun jika sudah selesai segala pekiraan ini sahaja beta hendak mengadap duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia dua bersaudara dan seperti rencana yang sahabat beta beri mari itu pada pendapat beta jika dengan ikrar beta tiadalah jadi guna jika sahabat beta hendak surat keteguhan pinta sahabat beta buat surat akan Jenderal seperti rencana yang beta beri pergi ini jika suka sahabat beta kedua boleh beta beri pergi ke Benggala boleh Jenderal Benggala tatab lihat jika berkenan kepada Jenderal boleh ambil cap kompeni pada surat sahabat beta itu supaya boleh jadi keteguhan selama lamanya jika lambat sampai surat cap kompeni akan rial selaksa pada setahun itu boleh beta ganti dahulu sementara sampai surat cap kompeni itu maka rial selaksa seperti janji kapitan Uskut di Kuala Muda di hadapan duli Tenku Raja Muda jika sudah pulang segala angkatan kapitan Uskut hendak beri maka sekarang surat sahabat beta beri mari kehendaki rial selaksa itu dengan segeranya maka barang yang ada hadir padanya diberi pergi dahulu mana yang tiada cukup kemudian boleh kapitan Uskut himpun hantar pergi akan seperti perintah buat gudang hendak berniaga dan perintah orang lari yang membawa hutang serta hamba orang ke Pulau Pinang itu dalam perintah beta masa berjumpa dengan sahabat beta boleh tentukan diperbuat ikrar pegang taruh maka lain daripada Jenderal tiada boleh bicara lagi segala perintah negeri maka surat ini boleh sahabat beta kedua pegang taruh ahwal inilah beta maklumkan buat surat pada selikur haribulan Rejab hari Ahad tamat

No comments:

Post a Comment