Sunday, January 5, 2020

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS40320/8, folio 1) berkaitan masalah membaiki kapal (6 Jamadil Akhir, Khamis)

Qawluhu al-Haqq wa kalamuhu al-Sidq

Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berkeputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada cucunda Long Ismail barang disampaikan Tuhan alam kepada nenda To’ Kapitan Laiq Dewa Raja Gurnador yang telah termasyhur gah kepujian pada pandai memerintah laut dan darat 


ahwal maka adalah cunda menyuruh kiyai emas pergi pinta minyak boleh pada nenda hendak baiki perahu maka lama sudah tiada ia mari lagi jadi tergendala teman bekerja baiki perahu itu dengan sebab lambat sampai minyak itu maka inilah teman cunda kafir ini disuruh pergi ikut kiyai emas itu jika sudah nenda beri minyak boleh itu jika ada ia di sana lagi pinta nenda suruh ia balik mari segera jika tiada minyak boleh itu pada nenda cunda pinta minyak getah itulah pada nenda barang seratus gantang maka itulah bekas cunda beri pergi pada kafir jika tiada termuat bekas cunda beri pergi itu cunda pinta bekas nendalah diisi beri mari dahulu kemudian boleh cunda suruh hantarkan pula bekas itu pada nenda ahwal inilah cunda nyatakan perbuat surat enam belas hari bulan Jamadil Akhir hari Khamis tamat al-kalam

Maka akan cunda pun apakala sudah siap perahu jika diberi Tuhan Allah pergi juga berjumpa mata dengan nenda barang sebentar tamat

No comments:

Post a Comment