Qawluhu al-Haqq wa law kana mur
Bahawa ini alamat surat tanda tulus dan ikhlas serta hati yang putih dan jernih serta tabik banyak2 dan iaitu datang daripada Encik Lina yang duduk dalam negeri Bengkahulu jua adanya
Blog ini merupakan perkongsian transliterasi Koleksi Surat-surat Francis Light (SOAS MS40320) yang kini tersimpan di "Special Collection", Perpustakaan School of Oriental and African Studies. Ia mengandungi lebih 1200 dokumen yang sedang dalam proses transliterasi untuk dicetak hasil kerjasama pasukan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Dato Dr. Ahmad Murad Merican dengan Perpustakaan School of Oriental and African Studies (SOAS).
Qawluhu al-Haqq wa law kana mur
Bahawa ini alamat surat tanda tulus dan ikhlas serta hati yang putih dan jernih serta tabik banyak2 dan iaitu datang daripada Encik Lina yang duduk dalam negeri Bengkahulu jua adanya
Qawluhu al-haqq walau kan mur
Bahawa ini alamat surat dengan tabik banyak2 datang daripada Si Lina yang duduk dalam negeri Bengkahulu adanya dan barang disampaikan Tuan Allah datang menjalang ke bawah tuan Mister Mazin punya kaki mintak selamat umur panjang Allah Ta’ala tolong sama tuan di dalam dunia ini adanya
Qawluhu al-Haqq
Bahawa ini Nona yang Kecil dengan Nona Gadang punya emak yang tinggal di dalam kebun di tengah Padang di mana tuan tinggalkan dahulu dan barang disampaikan Allah saya punya tabik banyak2 datang ke bawah kaki tuan saya Mister Mazin yang duduk dalam negeri itupun saya mintak selamat umur panjang tuan saya diberi Allah di dalam dunia ini adanya sama2 dengan anaknya keduanya