Qawluhu al-Haqq wa law kana mur
Bahawa ini alamat surat tanda tulus dan ikhlas serta hati yang putih dan jernih serta tabik banyak2 dan iaitu datang daripada Encik Lina yang duduk dalam negeri Bengkahulu jua adanya
Syahidan barang disampaikan Allah apalah kiranya datang ke bawah tapak kaki tuan saya Mister Mazin yang duduk dalam negeri jua adanya wa ba’dah kemudian daripada itu akan halnya saya berkirim ini surat di dalam kertas yang amat kecil ini maka adalah mengatakan seperti tuan Mister Kris berlayar mau pulang ke negeri semua kawan2nya dilepaskannya merdeka setelah itu maka dianya berlayarlah kiranya sampai di Mendaras tiada boleh kapal tempat menumpang pulang ke negeri itupun dianya dapat sakit diubatnya oleh dator sudah baik dianya kembali ke Bengkahulu jadi Komandor juga itupun sekarang dianya mintak tolong sama saya juga apa yang kurang dalam rumahnya atau apa kurang kawannya dianya mintak tunjuk ajarkan itupun saya fikir kerana ada tuan berkata sama saya dahulu kata tuan kalau Mister Kris mintak tolong sama kamu kamu tolong juga dianya boleh tolong kamu pula itulah kata tuan sama saya itupun tiada saya ubah tuan punya kata itu itupun sekarang saya tinggal juga di rumah Mister Kris biar tuan tahu adanya
Kemudian daripada itu saya mintak di bawah tuan punya tapak kaki barang apa orang punya perintah barangkali dengki sama saya jangan tuan dengarkan adanya kerana fikiran saya jangan habis tolong tuan sama saya barang apa2 tuan tinggalkan pada saya itulah fikiran saya daripada sukar kehidupan untung saya adanya
Kemudian daripada itu si Pali sudah sampai di Bengkahulu sekarang dianya tinggal sama saya dan seperti gambaran Nona sudah selamat sampai pada tangan saya adanya kemudian kalau tuan suka saya minta dikirimkan gambaran Nona keduanya kerana gambaran yang tuan kirimkan itu kurang rupanya kerana akan saya lihat2 adanya
Kemudian daripada itu sia Nin dianya berlayar ke Mandaras menumpang di kapal Kapitan Gernuwil pergi menurut lakinya sekarang dianya sudah datang kembali sama2 lakinya dibawa Mister Kris kembali adalah dianya lima bulan saja pulang payinya biar tuan tahu adanya sia Nin kirim tabik banyak2 sama tuan mintak selamat umur panjang adanya sekarang dianya tinggal sama2 lakinya di rumah saya di kebun adanya
Kemudian daripada itu ada saya berkirim surat sama2 kiriman pula pada kapal dahulu daripada kapal ini siapa tahu sudah sampai siapa tahu belum biar tuan tahu adanya
Kemudian daripada itu jangan tuan kecil hati pada saya suatu pun belum yang apa2 saya kirimkan sama tuan atau sama Nona melainkan mintak selamat umur panjang adanya dan saya kirim peluk cium sama Nona keduanya minta selamat2 umur panjang di dalam dunia ini tamat
Wa ba’dahu kemudian daripada itu saya kirim tabik banyak2 sama Madam yang memeliharakan Nona di sana dan janganlah Madam kecil2 hati sama saya suatupun tiada kiriman daripada saya melainkan mintak selamat umur panjang di dalam dunia ini adanya
No comments:
Post a Comment