Sunday, April 18, 2021

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/2, f.87) berkaitan permintaan membaiki jam yang rosak (Khamis, 10 Rabiul Akhir 1203 / 8 Januari 1789)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 


kemudian dari itu ahwal adalah jam Orolis satu ada binasa sedikit itulah beta beri pergi pada sahabat beta dibawa budak beta Panjang Acheh minta sahabat beta terima jam Orolis itu beri pada orang yang tahu baiki itu suruh baiki baik2 serah beri mari pada Panjang Acheh ahwal inilah beta nyatakan pada sahabat beta perbuat surat hari Khamis sepuluh haribulan Rabiul Akhir tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment