Friday, January 19, 2024

Surat Encik Puasa kepada Mister Lashtar di England (MS 40320/2, f.2) berkaitan keadaan keluarga di Bangkahulu (12 Januari 1789)

Inilah alamat surat tabik begitu banyak serta hati putih dan jernih dan iaitu daripada Encik Puasa yang ada sekarang di Bangkahulu di Malabara di tengah Padang di angkut di kampung Nish Shahiran barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta'ala apalah kiranya datang menjelang kawash Tuan Mister Lashtar yang ada sekarang di negeri England 


kata kami Melayu akan halnya saya berkirim surat ini adalah seperti tuan punya surat dua pucuk dari sita Lina satu dari negeri satu sudah selamat sampai pada saya dalam itu mengertilah saya dalamnya barang yang tersebut dalamnya kemundian dari itu tetangan anak2 ada baik semuanya serta dapat saya bab jas sekarang ada baik sudah boleh pulang da rumah tuan Olimsini kemundian tetangan saya sudah terima orang dari tangan tuan Mister Krish tengah dua ratus dari sekarang sudah dua bulan tidak dapat lagi biar tahu tuan lagi pula ada satu khabar dari pada dalam rumah tuan tetangan kawan yang bernama Si Paini itu banyak nian dianya melawan saya katanya pada orang pada saya ada dianya dapat surat mara adik miski pada anak2 begitu jua kelakuannya tetangan kawan yang bernama Si Mujur sudah mati tetangan Si Bat itu dianya sudah keluar dianya minta keluar tinggal dua orang saja lagi di rumah tuan serta saya dengan anak2 kemundian kalau tuan suka kalau tuan dapat khabar bab yang pulang di Menggalara minta tuan kirim khabar pada saya kalau suka tuan kemundian Nona anak Encik Mandan kasih tabik pada tuan dianya sudah berlaki berali kecil sudah dapat anak pula laki2 ada khabar di Bangkahulu Mister Mismin sudah mati di Keruwai jua matinya perempuannya satu tidak dapat barang2 sebab dianya mencuri emas2 perak2 dengan uwang disimpan dari mah Si Lahaba dianya diam di situ pula dicuri juru tulis Salibah itu maka tuan2 dapat terangnya dapat tangan Salibah jadi Salibah dengan Si Lahab dapat hutang tengah dua ribu Kapitan Cina mati keduanya kiyai piyu jadi kapitan tuan bab tiasan Kapitan Muda juru tulis Si Bunga kasih tabik pada tanya kalau ada baik minta selamat umur panjang bertemu jua kita 

1789 12 pada bulan Januari 


No comments:

Post a Comment