Tuesday, January 23, 2024

Surat Tuanku Sultan Pesisir Barat Shah kepada Kompeni Inggeris (MS 40320/2, f.5 & f.6) berkaitan perniagaan lada di Anak Sungai (7 Jamadil Akhir 1192 / 1778)

Maka inilah tabik banyak datang daripada Tuanku Yang Dipertuan Paduka Seri Sultan Pesisir Barat Shah dalam negeri Anak Sungai jua adanya dan barang disampaikan alah kiranya datang kepada kompeni jua adanya 


akan halnya hamba berkirim ini surat adalah atas mengatakan seperti orang hamba yang mengerajakan keraja kompeni seperti perniagan lada dalam tanah Anak Sungai melainkan selama ini dapat jua buah lada dengan seperti patutnya sebagaipula orang yang mengerajanya pun lagi banyak adat pun belum berubah2 hati orang pun lagi senang mengerajakan kebun lada sebab itu maka ada jua dapat buah lada dalam Anak Sungai jejak mister Hir memegang bicara di Anak Sungai dalam pegangan hamba banyaklah orang hamba habis lari ke gunung sampailah sekarang sehingga ipu lalu ke Anak Sungai tidak putus amat orang habis lari ke gunung fikir hati hamba adalah sipara yang lagi tinggal orang hamba pun mengerajakan kebun lada dalam Anak Sungai sebab begitu kerana tidak tertanggung pada dianya wardi orang kompeni yang duduk di Anak Sungai pada tiap2 musim ini berbagai2 wardi orang kompeni sebab itulah dianya habis lari tetangan adat pun begitu pula sudah jauh nian ubahnya daripada adat dahulu barang suratnya perjanjian dahulu sudah banyak nian yang berubah sekarang sebab itu dianya lari dan buah lada sekarang mia kian kurang jua dapatnya dan seperti kami Melayu ini jikalau ada tempat kami akan mendapat untung sedikit2 dianya larangkan oleh orang kompeni dimanalah akan jadi perniagaan kompeni seperti itu bagaimanalah dapat buah lada kerana hati orang susah saja mengerajanya lada itu sebab makanan orang tidak dapat semuanya dianya larangkan adanya kemudian pula jikalau lagi kompeni hendak buah lada dalam Anak Sungai apalah fikiran kompeni tetapi fikiran hati hamba kalau seperti ini jua laku orang kompeni keras wardi orang kompeni di belakang esok pastilah kompeni tidak dapat buah lada dalam Anak Sungai lagi fikiran hamba adanya kemudian minta kompeni balas jua surat hamba ini kalau suka kompeni membalasnya boleh hamba dengar wardi kompeni biar senang hamba punya hati adanya kemudian pula kalau kompeni balas surat hamba ini kepada hamba sendiri nian kompeni suruh kasih surat kompeni sebab begitu bilangan hamba kalau kompeni kirimkan kepada orang kompeni nan ada di sini pastilah tidak dikasihnya sama hamba tentu dianya gusar pada hamba orang kompeni yang ada di sini sekarang adanya

Tersurat pada 1778 pada 7 haribulan Jamadil Akhir adanya


No comments:

Post a Comment