Friday, April 19, 2024

Surat Penghulu Nan Berempat kepada Charles Miller, Marlborough (MS 40320/2, f.28) berkaitan perniagaan

Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah kalamat surat al-ikhlas yang dihiasi dengan beberapa hormat dan kemuliaan serta salam doa al-ta'zim dan ma'a al-takrim iaitu datang daripada Penghulu Nan Berempat serta Pendeta Maulana Saudagar Besar yang duduk sekarang dalam negeri Batang Asi jua adanya syahidan dan barang disampaikan Allah Subahanahu wa Ta'ala apalah kiranya datang ke dalam tangan Tuan Mister Mila Peter Besar yang memegang perniagaan sekarang duduk memelintahkan wardi kompeni dalam kota Malbara syahidan 


dan barang tahu kiranya akan halnya surat kami adalah atas mengatakan lalunya surat tuan ke dalam tangan kami dengan selamatnya mengertilah kami akan barang yang dalamnya itu punlah turun seorang menteri mata2 kami dengan anak kemanakannya serta orang Pendeta Maulana melainkan kami terlebih suka nian hendak berniaga sama tuan seperti patunya nian tetapi minta Tuan lain2kan hari kami berniaga dengan orang lemon dan emas kami jangan campur2 adanya sebagai pula minta tuan pelihara baik2 orang Batang Asi supaya jangan dianya rosak binasa dalam negeri Bengkahulu kerana orang banyak nan belum tahu orang baharu semuanya adanya jangan jadi gaduh2 dalam Bangkahulu

Kemudian daripada itu ada pula anak kemanakan kami Khatib Putih Pendeta Maulana punya dosa nak difitnahkan orang membuat rial lancung di Muko2 disuratkan orang namanya dalam rial itu adapun sekarang rialnya diambil setakat tengah tujuh puluh adapun rial nan tengah tujuh puluh itu rial perak empat puluh rial keratas tengah tiga puluh sekarang khatib itulah sudah dijaput Pendeta Maulana kembali ke Batang Asi tentangan rial itu kami hendaknya minta tuan tolong bicarakan kembali rial itu dengan seboleh2nya jangan jadi gaduh2 kemudiannya kerana dianya orang Tuanku Nan Setia dalam negeri Minangkabau ada surat Tuanku Pagar Ruyung di Minangkabau dibawanya sekarang surat itu dalam tangan Tuanku Muko2 adanya sekarang jika ada tuan suka minta tuan tolong bicarakan kerana orang tiada salah dianya kenia fitnah orang saja orang banyak sakit hati sama dianya jikalau tuan tolong bicara rial itu tentu kembali jikalau tidak tentu hilang jadilah rugi Pendeta Maulana kerana rial nan dalam tangan Khatib itu Pendeta Maulana punya jikalau tidak kembali rial itu malulah Penghulu Nan Berempat kerana orang terniaya adanya 

Pendeta Maulana hendak pedendang nan baik enam kayu jika tuan suka hamba minta harganya nan enam kayu itu ambil emas pada makota lebih dua tahil adanya dan barang apa2 bicara berniaga dan bicara kepada Penghulu Nan Berempat melainkan bicaralah tuan dengan mata2 kami itu Datuk Marah Kaya gelarnya dianyalah akan ganti kami adanya

No comments:

Post a Comment