Monday, November 23, 2015

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS40320/3 folio 41) berkenaan penghantaran 10 koyan beras, pembayaran hamba dan kerani yang lari ke Pulau Pinang

Al-Rafiq al-A’la

Diperhamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan sembah ke hadrat Dato’ Tuan Gurnador yang dalam aman Tuhan seru alam sekalian.


Kemudian dari itu, diperhamba Dato’ maklumkan ahwal surat daripada hadrat Dato’ itu telah sampailah dengan purnanya. Maka segala yang tersebut dalamnya itu fahamlah diperhamba Dato’. Akan beras Tuan Gurnador pinta tolong diperhamba Dato’ beli beras sepuluh koyan itu, diperhamba Dato’ suruhlah himpun pada teman2, beli dalam sepuluh hari, pinta Tuan Gurnador suruhlah mari, harapan terima beras mana yang bolehnya. 

Sebermula fasal budak hamba Dato’ nama Rejab hendak bayar harganya seratus ringgit, sangatlah kesukaan diperhamba menerima karena ada suatu fasal lagi atas seratus dua puluh lima ringgit disuruh beli beras belum selesai lagi. Jika ia mau bayar ringgit ini pun sama jadi dua ratus dua puluh lima ringgit, pinta Tuan Gurnador terima beri mari, boleh diperhamba Dato’ beri pergi surat putusnya. Jika tiada ia mau bayar seperti yang tersebut ini, pinta Tuan Gurnador suruh teman2 ambil tubuhnya Rejab itu, serahkan pada To’ mata2 Imam Alang ini. 

Sefasal lagi diperhamba Dato’ maklumkan adalah kerani dalam yang Dipertuan Yang Maha Mulia bernama Muhamad Naina tiada berkhabar lari ke Pulau Pinang, hendak lari ke negeri Keling. Pinta hadrat Dato’ Tuan Gurnador suruh teman2 ambil tubuhnya itu, serahkan kepada To’ mata2 ini juga, karena banyak harta raja dalam tangannya. Inilah diperhamba Dato’ maklumkan ke hadrat Tuan Gurnador.

Perbuat surat ini pada lima likur haribulan Jamadil Awal, hari Sabtu. Tamat.

[MS40320/3 f.41v]
Saudagar Raja
To receive Rice

No comments:

Post a Comment