Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.
Ahwal akan surat sahabat beta dibawa Kapitan Merewah itu sampailah pada beta pada lima likur bulan Saaban hari Selasa. Maka tersebut di dalamnya itu sahabat beta pinta tolong beras lima puluh koyan, muat pada kapal Kapitan Merewah itu, jangan malu sahabat beta pada kapitan itu. Maka janganlah sahabat beta susah hati perintah itu, dalam beta duduk suruh himpun barang yang boleh itu, beta serah beri pada kapitan itu. Demikian lagi akan makanan teman2 sahabat beta itu pun dalam lima enam hari ini juga beta suruh hantar pergi sampaikan pada sahabat beta, jadi pun gendala sedikit beras itu dengan sebab hujan ribut ini.
Bermula maka tersebut di dalam surat sahabat beta sepucuk lagi itu sahabat beta nyatakan mari, ada kici Jaga2 mari sebuah ke Pulau Pinang itu, ada dua lagi belum sampai. Apabila sampai kici itu, sahabat beta hendak beri mari pada beta segala kapitan2 itu, boleh berkenal2, amat kesukaanlah pada beta hendak berkasih2 dengan kapitan itu.
Maka tersebut dalam sepucuk surat lagi itu sahabat beta nyatakan mari perintah orang miskin2, pergi mari bawa ayam, itik, tebu, pisang ke Pulau Pinang itu, kata ditahan oleh mata-mata, tiada lepas pergi. Maka sampai surat sahabat beta itu, sudah beta balas pergi, perintah itu tiada dengan tahu beta. Maka kemudian beta panggil mata-mata periksya hendak hukum, maka kata mata-mata sekali2 tiada dikerjanya perintah itu. Maka ia pinta orang yang berkhabar itu pada beta, boleh nyata benar salah. Itulah beta pinta orang itu pada sahabat beta, boleh beta perhadapkan dengan mata-mata, jika siapa salah boleh beta hukumkan atas kesalahan mereka itu kerana keraja itu sejahat2 pekerjaan, beri jadi mekhalif antara sahabat beta dengan beta. Sepatutnya kita periksya siasat dihukumkan, jangan jadi biasa lagi kehadapan berkata dengan tiada sebenarnya. Ahwal itulah beta nyatakan sahabat beta.
Perbuat surat dulapan likur haribulan Saaban hari Jumaat. Tamat.
[MS40320/3 f.46v]
Ini surat Duli Yang Dipertuan.
No comments:
Post a Comment