Ini surat serta tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada tirai dan hijab dalamnya iaitu daripada Syahbandar Tuan Nakhoda Pu Saleh bifadlika Allah Malik al-Rahman yang di dalam negeri Aceh bandar Dar al-Salam, barang disampaikan Tuhan Allah Al-Rahman jua kiranya kepada pihak sahabat kita Gurnador Kapitan Light yang telah bermakam sekarang di Pulau Pinang dan yang telah dipeliharakan Tuhan Azza Wajalla jua kiranya daripada segala mara bahaya seterunya serta bertambah2 selamat atasnya amin, waba’du.
Adapun kemudian dari itu, barang diketahui oleh sahabat kita akan surat serta hadiah yang dibawak oleh kapitan Pimerat itu telah disampaikan Allah Subhanahu Wataala dengan sejahteranya. Akan sekarang pun, akan lada yang dipinta tolong beli itu insya Allah Taala dibicarakan oleh Syahbandar, diwasalkan seperti maksud sahabat kita itu, sekurang2 adalah seribu kencalang(?) dapat dibicarakan dan jikalau ada lebih sedikit dua dikit pula hamba beri juga, demikianlah akan sekarang.
Surat ini pergi kepada dua puluh tujuh haribulan Muharam yaum Ahad, insya Allah Taala, di dalam bulan Safar ini barang sampailah kapal sahabat kita ke Acheh menerima lada itu seperti yang kehendak sahabat kita itu. Demikianlah suatu pun tiada alamat al-hayat wa al-mahabbah, hanya kain sutera dua kayu itulah ia.
Tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam. Wakatibuhu Kurkun(?) Katib al-Muluk.
[MS40320/3 f.40v]
Ini surat Shahbandar Nakhkoda Pu Saleh Aceh.
No comments:
Post a Comment