Nur al-Shams Wa al-qamar
Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta putih hati yang amat hening dan jernih, iaitu daripada Tengku Panglima Besar yang di dalam negeri Selangor, barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Senyur Gurnador yang memerintahkan Pulau Pinang dan sangatlah masyhur warta yang ihsan itu pada segala negeri di Timur itu serta memelihara segala dagang senteri yang keluar masuk serta duduk dengan sihat dan afiat ala al-dawam, amin ya rab al-alamin, wa ba’dahu.
Kemudian daripada itu barang mafhum kiranya sahabat kita, sebab pun maka kita melayangkan secarik kertas ini adalah pencalang yang dibawa Ismail anak tuan imam itu serta modalnya dibawanya itu, pertama2 mata rial tiga ratus lima puluh rial dan lagi kain asahan putih lima kayu, modalnya sepuluh rial lima kayu itu, dan lagi kain bugis halus dua helai, modalnya lima belas rial dua helai itu, dan lagi tetuli berkepala emas sekodi, modalnya dua puluh rial sekodi itu, dan lagi tetuli perak selalu tiga puluh batang jadi tengah dua kodi, modalnya sekodi lima belas rial, jumlahnya dua puluh dua rial, modalnya yang tiga puluh batang itu menjadi jumlah sekalian modal dalam pencalang itu empat ratus tujuh belas riyal 417. Dan lagi lela tembaga sepucuk dan rentaka besi sepucuk dan senapang enam pucuk lengkap dengan ubat pelurunya itu.
Adapun harta itu, perahu dengan modalnya dan senjatanya sekalian itu isteri kita yang empunya, dia sekarang isteri kita itu sudahlah mati. Maka inilah kita minta tolong kepada sahabat kita itu sehari sampai surat kita ini kepada Senyur Gurnador itu, hari itu juga sahabat kita tolong ambilkan modalnya dengan senjatanya dan perahu itu pun sahabat kita tahankanlah, janganlah dilepaskan ia belayar ke sana sini lagi, melainkan kepada sahabat kitalah kita wakilkan mutlak akan menerimanya dan mengambil harta serta dengan perahu sekalian itu daripada tangan Ismail itu, karena kita pun dalam bulan Zulkaedah ini juga belayar ke Pulau Pinang bersama2 Mahbub sekali hendak bertemu2 serta hendak melihat2 negeri tempat sahabat kita.
Maka satu pun tiada, hanyalah doa siang dan malam kita punya tabik banyak2 kepada sahabat kita Senyur Gurnador Pulau Pinang itu. Tamat.
Diperbuat surat ini kepada sepuluh haribulan Zulkaedah, hari Selasa. Intaha al-kalam.
[MS40320/3 f.38v]
Bahawa ini alamat surat daripada hadrat Tengku Sayid Jaafar, Panglima Besar dalam Selangor, disampaikan kiranya kepada Senyur Gurnador Pulau Pinang itu adanya.
Bahawa ini alamat surat daripada hadrat Tengku Sayid Jaafar, Panglima Besar dalam Selangor, disampaikan kiranya kepada Senyur Gurnador Pulau Pinang itu adanya.
No comments:
Post a Comment