Tuesday, May 4, 2021

Salinan Surat Francis Light kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah (BL Add. 45271, f.7) berkaitan hutang Nakhoda Sheikh Miya (5 Jamadil Awal)

 Ya Ghafur Rahim

Daulat Tuanku Shah ‘Alam zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik memohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 


patik maklumkan ahwal akan fasal piutang Yang Maha Mulia kepada Nakhoda Sheikh Miya seperti tapak tangan itu maka sudah patik kerasi keluar serah beri kepada Setia Raja dahulu empat ribu rial dibayar wakil Sheikh Miya iaitu Miya Hafis kemudian patik keluar serah beri kepada Setia Raja lima ratus rial kedua fasal ini jadi empat ribu lima ratus rial maka tiadalah lagi hartanya dapat keluar kerana Sheikh Miya itu tiada maka rial yang baki lagi itu janji Miya Hafis tahun datang hendak bayar di negeri Keling sebahagi pada wakil Yang Maha Mulia maka yang sebahagi lagi itu sampai ke Pulau Pinang hendak bayar selesaikan ampun Tuanku ahwal inilah patik maklumkan daulat sa’adat sihat bertambah2 perbuat surat pada lima hari bulan Jamadil Awal tamat maka surat ini disalin daripada surat sahabat beta

No comments:

Post a Comment