Qawluhu al-Haq
Pada sanah 1205 tahun2 pada sembilan likur hari bulan Jamadil Akhir bahawa pada ketika itu maka adalah senda Muhammad Miya anak Miya Mukarram dan Sheikh Miya pohonkan berhutang ke bawah duli Yang Dipertuan Kedah Yang Maha Mulia
sulab yang bernama Fath Rahman dan gajah dan mata rial hendak buat belanja sulab dan beli batang pisang tebu jumlah rialnya dulapan ribu rial maka rial ini senda kedua terima wakil Yang Maha Mulia itu Saudagar Raja maka rial yang tersebut ini janji senda kedua pada ke bawah duli Yang Maha Mulia berlayar ke negeri Keling balik dengan musim rial dulapan ribu serta dengan labanya dulapan ratus rial jadi dulapan ribu dulapan ratus rial ini di dalam senda kedua barang siapa yang hadir dahulu rial yang tersebut ini kesemuanya bayar sembahkan pada ke bawah duli Yang Maha Mulia tiada dengan suatu jawab demikianlah janjinya senda Muhammad Miya dan Sheikh Miya buat surat tapak tangan sembahkan pada ke bawah duli Yang Dipertuan Kedah Yang Maha Mulia tatkala diperbuat surat ini saksinya Lebai Jilid dan Nakhoda Muhammad Qasim dan Takdur Abu Bakar Lebai dan Muallim Sidiq Lebai dan Saudagar Muhammad Taha wa katibuhu Muhammad Miya tamat surat tapak tangan ini daripada Bahasa Keling tamat
Maka surat tapak tangan Muhammad Miya dan Syeikh Miya dibawa Setia Raja ke negeri Keling maka surat ini disalin daripada surat tapak tangan itu tamat
Inilah khat senda Muhammad Miya
Inilah khat senda Sheikh Miya
Inilah khat senda Muallim Sidiq Lebai
Inilah khat senda Saudagar Muhammad Taha
Inilah khat senda Takdur Abu Bakar Lebai
Inilah khat senda Muhammad Qasim jadi saksi seperti dalam surat ini tamat
No comments:
Post a Comment