Sunday, May 9, 2021

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (BL Add. 45271, f.9) berkaitan penjualan timah dan pembelian beras (26 Zulhijjah, Khamis)

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana2 


ahwal adalah beta ini kekurangan belanja sangat hendak tolong rakyat isi negeri beta dalam kelaparan ini itulah beta suruh Seri Nara Diraja membawa timah beta lebih kurang tiga puluh bahara minta sahabat beta suruh timbang terima ambil maka harganya itu sahabat beta kira seperti harga yang telah lalu serah beri mari pada Seri Nara Diraja ini serta pinta sahabat beta tolong beta sekali ini sahabat beta hantar mari rial fasal Pulau Pinang itu jadi besarlah penolong sahabat beta boleh beta terima ambil tolong rakyat beta ini diberi belanja atas kadarnya suruh kerjakan bendang jangan jadi berpanjangan kelaparan ini serta pinta sahabat beta tolong beri beras barang lima enam koyan dengan harga serupa beta hendak beri pelabur rakyat membuat kerja kelian timah beri jadi kerja itu haraplah beta akan kasih penolong sahabat beta demikian lagi ada beta beri surat panggil Kapitan Uskut mari beta hendak berjumpa itupun pinta sahabat beta suruh Kapitan Uskut mari pada beta boleh beta hendak pertentukan seperti surat janji yang hendak diperbuat itu serta boleh ditentukan fasal timah beta di Kulim susah beta hendak suruh angkat bawa ke Kedah ini kerana jauh beta hendak suruh angkat bawa serah pada sahabat beta timah itu sekalian ini beta hendak tentukan dengan Kapitan Uskut itulah beta nyatakan perbuat surat pada enam likur haribulan Zulhijjah hari Khamis tamat

1 comment: