Saturday, October 20, 2018

Senarai barang dan harganya (MS40320/3, f.75)

Seratus dua puluh
Empat ribu dua ratus dulapan puluh enam rial tiga puluh duit 
ditolak sembilan rial tinggal empat ribu dua ratus
Tujuh puluh tujuh rial tiga puluh duit dalam itu harga

Surat daripada Dato' Bendahara dan Dato' Keempat Suku Batu Bara kepada Francis Light (MS40320/3, f.74) berkaitan kici dan meriam (Ahad, 10 Safar)

Surat tulus ihlas  daripada Datu Bendahara serta Datu Kempat  Suku datang kepada sahabat kita Guberunador Pulau Pinang yang bijaksana lagi arif memerintah negeri dan lagi amat mengasihi dagang senteri maka mashurlah nama kepujian tiap tiap2 desa dan jajahan maka segala sahabat pun menadahkan kedua tapak tangan 

Surat daripada Engku Maharaja Lela Pane kepada Francis Light (MS40320/3, f.73) berkaitan hutang dan perniagaan

Qawlu  al-Haqq

Bahawa ini alamat al-hayat sohifah al-ikhlas surat tulus dan ikhlas ini daripada Engku Maharaja Lela yang duduk bermakam dalam negeri Pane syahadan barang disampaikan Tuhan semesta alam dengan sentosanya kepada Tuan Kapitan Lak yang ada memegang perintah dalam negeri kota Pulau Pinang syahadan lagi amat mashur  limpah kemurahan akan segala rakyat dan lagi amat arif dan bijaksana pada melakukan perintah yang amat adil syahadan barang bertambah2 kiranya kekayaan dan kemuyaan  amin thumma amin wa ba’du 

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS40320/3, f.72) berkaitan urusan haji (1201/1787)

Al-Shams wa al-Qamar 

Ini surat tulus ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas tahta  singgasana  kerajaan di dalam negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan di dalam negeri Pulau Pinang yang amat setiawan dan berkasih kasihan antara sahabat bersahabat maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dahu 

Surat Perjanjian penerimaan hutang Yang Dipertuan Siak Inderapura (MS40320/3, f.71) pada hari Rabu, 23 Zulhijah 1202 (24 September 1788)

Qawluhu al-Haqq 

Hijrah al-Nabi Muhammad Salla Allah alayhi wa sallam seribu dua ratus dua tahun kepada dua puluh tiga haribulan Zulhijah kepada hari arba’ fi waktu duha dewasa itulah pada menyatakan Duli Yang Dipertuan Tuha yang Maha Mulia dalam negeri Siak Seri Inderapura bertitah serta berwakil yang mutlak kepada Tahir ini daripada hal menerimakan piutang Duli Yang Dipertuan Tuha yang Maha Mulia kepada Raja nan Muda yang duduk di tanah putih serta dengan Tuan Syed Zubir 

Surat daripada Sharif Kasim ibn Sharif Abdul Rahman Mempawah kepada Francis Light (MS40320/3, f.69 & 70) untuk perniagaan di Pulau Pinang (Sabtu, 20 Muharam 1207, 8 September 1792)

Ya Nur al-Shams 

Haza al-waraqah al-ikhlas yang terbit daripada fuad al-azkiah serah selesai hati yang tiada berhingga pada tiap2 masa dan ketika iaitu daripada Seri Paduka Penambahan Syarif Kasim ibn al-Sultan Syarif Abdul Rahman ibn Al-Habib al-Husain al-Qadri yang empunya tahta  kerajaan dalam negeri Mempawah barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya datang kepada pihak sahabat tuan Gurnador yang mempunyai kerajaan dan kebesaran dalam kantor loji Pulau Pinang yang memegang perintah segala pekerjaan kompeni Inggeris yang telah mendirikan tinggal panji panjinya di tengah medan peperangan serta dengan gagah perkasanya