Saturday, October 20, 2018

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS40320/3, f.72) berkaitan urusan haji (1201/1787)

Al-Shams wa al-Qamar 

Ini surat tulus ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas tahta  singgasana  kerajaan di dalam negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan di dalam negeri Pulau Pinang yang amat setiawan dan berkasih kasihan antara sahabat bersahabat maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dahu 



kemudian daripada itu maka adalah kita menyuruhkan Si Semail  itu dengan satu sampan2 mendapatkan sahabat kita akan hal seperti orang penaik haji yang kita pinta tumpangkan kepada sahabat kita dahulu melainkan sekarang ini jikalau lambat lagi ia dapat tumpangan melainkan sahabat kita suruhkanlah ia kembali dahulu ke Selangor bersama2 dengan saudaranya itu Si Semail ialah wakil kita akan membawanya ke Selangor karana khabarnya ia hendak menanti kapal dari Cina kemudian jikalau ada kapal lalu ke Benggala bolehlah kita suruhkan ia kembali ke Pulau Pinang mendapatkan sahabat kita serta dengan sahabat kita jugalah menumpangkan ia sebagai lagi ada timah sedikit2 dibawanya intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam tarikh sanah 1201

No comments:

Post a Comment