Ya Nur al-Shams
Haza al-waraqah al-ikhlas yang terbit daripada fuad al-azkiah serah selesai hati yang tiada berhingga pada tiap2 masa dan ketika iaitu daripada Seri Paduka Penambahan Syarif Kasim ibn al-Sultan Syarif Abdul Rahman ibn Al-Habib al-Husain al-Qadri yang empunya tahta kerajaan dalam negeri Mempawah barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya datang kepada pihak sahabat tuan Gurnador yang mempunyai kerajaan dan kebesaran dalam kantor loji Pulau Pinang yang memegang perintah segala pekerjaan kompeni Inggeris yang telah mendirikan tinggal panji panjinya di tengah medan peperangan serta dengan gagah perkasanya
syahadan dipohonkan pula asanya umur usianya mintak dilanjutkan dalam sihat dan afiat serta melimpahkan berkasih kasihan bagi segala sahabatnya melakukan perangai yang lemah lembut dan berbaik ampun peliharanya atas segala dagang serta dengan arif bijaksananya maka masyhurlah namanya pada segala negeri dan siru sirukan dengan bertambah2 pula pangkat ketinggiannya pada tiap2 masa dan ketika adanya maka tatkala Paduka Seri Penambahan menengar bahawa Tuan Gurnador dalam kebajikan melakukan perintah yang amat budiman itu maka terbukalah pintu kesukaan hati yang membukakan tirai mudah2han dapat bersahabat berkasihan antara Tuan Gurnador dengan Seri Paduka Penambahan itu maka jadilah kita menyuruhkan Mata2 Abdul Hamid membawa sebuah kici dengan tiada suatu apa muatannya barangkali ada tuan2 dan orang besar2 mana yang suka membelinya kici itu melainkan saya minta Tuan Gurnador punya susah juga pertolong daripada barang suatu hal ahwalnya dan daripada barang suatu kesusahannya akan Mata2 Abdul Hamid itu dan sebagai lagi adalah Seri Paduka Penambahan menyuruhkan perahu kecil2 dari Mempawah dan pinta nak tujuh belas buah hendak berniaga masuk ke Pulau Pinang itupun sekalian daripada orang kita jua karena daripada sebab sangat sukanya hati daripada menengar perintah Tuan Gurnador memeliharakan segala orang dagang dengan sebaik2 hukum jua adanya dan lagi saya minta tolong meriam yang panjang dua depa atau tujuh hasta barang dua pasang dan dari harganya tuan ambil kepada saya punya orang itu Mata2 Abdul Hamid demikianlah adanya kemudian dari itu suatu pun tiada suatu alamat tanda selamat kain sutera dua helai tanda kasih jua adanya tidak dengan sepertinya seupama sekuntum bunga yang layu jua adanya tersurat dalam kota negeri Mempawah tahun seribu dua ratus tujuh tahun 1207 kepada dua puluh satu haribulan al-Muharam hari Sabtu waktu jam pukul satu waktu Zohor
No comments:
Post a Comment