Saturday, October 20, 2018

Surat Perjanjian penerimaan hutang Yang Dipertuan Siak Inderapura (MS40320/3, f.71) pada hari Rabu, 23 Zulhijah 1202 (24 September 1788)

Qawluhu al-Haqq 

Hijrah al-Nabi Muhammad Salla Allah alayhi wa sallam seribu dua ratus dua tahun kepada dua puluh tiga haribulan Zulhijah kepada hari arba’ fi waktu duha dewasa itulah pada menyatakan Duli Yang Dipertuan Tuha yang Maha Mulia dalam negeri Siak Seri Inderapura bertitah serta berwakil yang mutlak kepada Tahir ini daripada hal menerimakan piutang Duli Yang Dipertuan Tuha yang Maha Mulia kepada Raja nan Muda yang duduk di tanah putih serta dengan Tuan Syed Zubir 


inilah wakil duli kita menerimanya rial kepada Raja nan Muda maka banyaknya tiga ratus dua puluh dua rial suku dua uwang  delapan duit hendaklah Raja nan Muda bayar rial duli kita itu kepada anak kita itu Tuan Syed Zubir serta dengan Tahir hubaya2 dapat tiada bahawa sungguh dengan nyatanya seperti yang ada tersebut dalam surat ini maka adalah cap janjinya duli kita termeterai atas kertas ini daripada tanda sah juga adanya wakatibuhu wasyahiduhu jurutulis Kasim Waladi Siak wakafa billah syahidan aliman tamat

No comments:

Post a Comment