Monday, April 15, 2024

Surat Jurutulis John Crisp di Bayang kepada John Crisp di Padang (MS 40320/2, f.15) berkaitan harga barang dan beras (24 Ogos 1800)

 'Ala al-Muhtaram

Bahawa adalah tabik banyak2 daripada hamba Jurutulis Tuan Komandor Jan Krips yang ada sekarang dalam negeri Bayang syahadan barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua kiranya datang menjelang Tuan Komandor Jan Krips kepala yang memerintahkan sekalian daerah Pesisir Barat di negeri Padang wa ba'dahu 


dan kemudian daripada itu akan perihalnya hamba berkirim ini surat kepada tuan rodi tuan minta kepada segala penghulu2 Bayang harga empat kulak Bayang sesuku muafakat segala penghulu Bayang memikirkan hardi tuan itu dianya bilang kepada hamba tiadalah dapat kami membelikan harga empat2 kulak sesuku melainkan hanya jikalau kompeni mau harga setengah tiga kulak Bayang sesuku bolehlah kami belikan muatan peming tetapi sebab kompeni mau beras bolehlah kami tolong juga serial satu penghulu yang harga empat2 sesuku supaya tahu Tuan Komandor adanya sebagai lagi di belakang surat ini boleh juga hamba periksa2 kepada orang kecil2 barang kali boleh dapat lebih daripada setengah tiga kulak Bayang yang sesuku adanya biarlah tuan tahu pula harga beras yang setengah tiga kulak Bayang sesuku menjadi enam kulak Padang yang serial jikalau bagaimana fikiran tuan biarlah lekas tuan balas surat hamba ini supaya jangan hamba lalai di negeri Bayang jikalau tuan mau saratkan pemitang ini tuan kirim pula uwang barang tiga ratus lagi kepada orang yang membawa surat ini adanya sebagai lagi hamba sampai di negeri Bayang hamba lihat orang di negeri Bayang meangkat parang saja kerjaan hamba kumpul segala penghulu2 Bayang memberikan surat tuan yang hamba bawa itupun dibaca surat itu muafakat segala penghulu2 dianya bilang kepada hamba sebelah Raja Jalil dianya minta kepada tuan biar tuan suruh orang memutuskan selisih itu ke negeri Bayang katanya jikalau kami penghulu ke Padang barangkali rosak negeri Bayang dikerajakan hulubalang sebab parang belum putus supaya tuan tahu adanya lagi pula kata sebelah Datuk Batuah mau dianya datang ke Padang di muka tuan habiskan selisihnya katanya sekarang orang itu menanti Rodi tuan saja hamba fikir jikalau tidak lekas datang rodi tuan barangkali selisih besar di negeri Bayang pulut2 sudah pula barang dengan Bayang sekarang sudah memotong kerbau dari sebelah menyebelah supaya tuan tahu adanya tamat al-kalam sekarang orang Bayang juma berhenti saja parang adanya

Ogos 24 Hijrah 1800


(Belakang surat)

Lagi pula perahu yang membawa surat ini orang Bayang serta orang anak perahu satu tidak hamba sewa lagi perahu itu ada dianya membawa beras dengan padi sepuluh rial biarlah tuan lepas jual di luar boleh pula dianya datang kembali membawa surat tuan adanya 1800 hijrat 24 Ogos


No comments:

Post a Comment