Bahawa inilah alamat tabik banyak2 iaitu terbit daripada hati yang putih dan muka yang yang jernih iaitu daripada Teuku Dapa yang telah ada hayat sekarang dalam Nenggeri Kuala Syingkel jua adanya barang disampaikan Allah apalah kiranya kepada sahabat kami iaitu Orang Kaya Komandor Mister Krips yang telah ada hayat dalam Nenggeri Kuala Natar barang diselamatkan Allah umur panjang dalam dunia ini
syahadan ada pun kemudian dari itu maka inilah kami katakan kepada sahabat kami adalah akan hal Panglima Po Jandi itu kami suruh cari sembilan perahu kami suruh keluar di Nenggeri Singkel mencari Panglima Po Jandi itu dua tiga panglima2 keluar dari Singkel pertama2 Panglima Lebai Batak dan kedua Panglima Po Umar dan ketiga Panglima Po Bangsa Mardas itulah panglima kami suruh mencari Panglima Po Jandi sampai orang itu ke labuhan haji kedengaran Panglima Po Jandi di Nenggeri Makak pada Dato' Besar serta Teuku Kejahak Puraja dalam pangkuan orang keduanya itu akan Panglima Po Jandi tengah2 dalam bicara panglima itu hendak diperang oleh Panglima Lebai Batak kepada Nenggeri Makak dikira2 oleh Panglima Po Jandi daripada kita mau perang di sini baik ke Nenggeri Singkel kerana orang itu semuhanya habis ke labuhan haji itulah halnya kemudian dari itu sampai Panglima Po Jandi ke Kuala Singkel lalu dimasuk ke sungai kira2 tatkala dimasuk adalah pukul empat banyunya orang itu sama2 Panglima Po Jandi tiga puluh enam orang orang pilihan2 semuhanya dibawa sama sampai pukul enam lalu dingamuklah kata pada malam Khamis pada dua puluh tujuh hari bulan Zulkaedah serta ditolong oleh Allah akan kita Panglima Po Mad Sayid pun datanglah dari nasi adalah kami semuhanya dalam kota adalah tiga puluh orang kami dalam kota itu Panglima Po Jandi pun matilah dalam kota serta rosak rakannya empat lima orang yang lain larilah semuhanya dalam hutan kemudian dari itu kami kata pada tuan nasib kami matilah kawan kami seorang rosak dua orang itulah hal kami di Nenggeri Singkel tamat sebagai lagi kami katakan pada tuan tentangan senjata yang dapat dalam tangan kami2 suruh hantar kepada tuan meriam tembaga satu dan lagi senapang empat pucuk dan lagi lela kabus satu itulah ada dapat dalam tangan kami
(Belakang surat)
Kami suruh hantarkan kepada tuan yang lain sudah dipegelar di nenggeri Makak pada Dato Besar serta Teuku Kejahak Puraja dalam tangan orang itu keduanya itulah halnya asal tuan ketahui dan sebagai lagi kami katakan pada tuan sangat2 akan kannya kepala Panglima Po Jandi itulah baju serta sarwal kepada tuan tamat al-kalam sebagai lagi kami katakan pada tuan sahabat kami adalah akan arta Panglima Po Umar satu hari baik budak baik barang2 tuan tolong tuan pulang kepadanya tamat dan sebagai lagi adalah akan belanja2 kain patik ada sedikit tembakau Jawa sedikit dan lagi tembakau Cina satu keranjang itulah adanya tamat al-kalam bi al-khair
No comments:
Post a Comment