Thursday, April 18, 2024

Surat Sultan Muhammad Shah dan Tuanku Raja Perempuan kepada Charles Miller Muko-muko (MS 40320/2, f.27) berkaitan pas membawa kerbau

Qu al-Haqq walau kan mur

Bahawa inilah surat serta tabik banyak2 iaitu daripada Tuanku Paduka Seri Sultan Muhammad Shah dan Tuanku Raja Perempuan barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua apalah kiranya datang kepada Tuan Komandor Mister Charles Mila yang memerintahkan dalam negeri Muko2 lalu ke Indera Pura wa ba'dah 


kemudian daripada itu akan peri halnya hamba berkirim kertas sekeping ini ialah sekadar mengatakan seperti surat yang Tuan Komandor kirimkan sudahlah sampai dengan selamatnya iaitu mengatakan kerbau sebara ambak tuan bilang tiada dianya membawa pesan Mister Ketak kerana kerbau itu hamba kias kepadanya kerbau di kandang hamba tetapi seperti perjanjian kita tatkala di Air Ajin apa jenis2 yang keluar dari negeri Indera Pura hanya perintah Raja Indera Pura kerana hamba tegah jua ada rian Jambi dahulu dan jikalau hamba membeli kerbau di Air Ajin patut hamba minta pas kepada Mister Kak tetapi dahulu hamba suruh saja memeratuh Raja Adin membawa kerbau dua ekor kepada Tuan Komandor tiada dengan pas Mister Kak hanya surat hamba saja minta selamat umur panjang satu pun belum hamba kirimkan kepada tuan jua adanya tamat al-kalam bi al-khair

No comments:

Post a Comment