Qaw al-Haqq wa kan mur
bahawa inilah alamat surat tabik banyak2 serta tulus dan ikhlas diiring pula dengan hati putih dan muka yang jernih iaitu daripada pihak hamba Raja Tarusan adanya maka barang disampaikan Allah Subhanahu wa Ta'ala apalah kiranya datang menjelang wajah tuan Komandor Mista Krips kepala yang memerintahkan sekalian daerah Pesisir Barat di negeri Padang serta dilanjutkan Allah usia umur zamannya dalam dunia ini amin thumma amin wa ba'dah
kemudian daripada itu pada hal hamba berkirim surat ini tiadalah memanjangkan kalam hanya sekadar mengatakan adapun adat kami yang biasa turan temuran apabila mati Raja itupun diganti oleh kompeni Raja itu hanya memulangkan pakai yang sepetaguk sekarang tiada jua dipulangkannya adat itu kepada hamba oleh perempuannya lagi seperti harta pembawa dan pencarian demikian lagi sekarang hendaklah tuan bicarakan kami kerana jangan menjadi selisih2 dari itulah maka hamba minta dengan seboleh2nya kepada tuan Komandor jua adanya
tamat kalam bi al-khair
Alamat surat datang menjelang Tuan Komandor Kepala dalam negeri Padang jua adanya tamat kalam
No comments:
Post a Comment