Monday, October 22, 2018

Surat daripada Nakhoda Po Kuala negeri Pasangan (MS40320/4, f.6) kepada Francis Light berkaitan masalah hutang

Ya Miftah al-Qulub

Ini surat serta tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada tirai dan hijab dalamnya iaitu daripada Nakhoda Po Kuala yang ada sekarang di dalam negeri Pasangan yang miskin lagi gharib bertambah2 dengan daif barang diwasilkan Tuhan Hannan al-Mannan jua kiranya kepada pangkat yang halim dan yang karim iaitu Datuk Komandur yang ada sekarang istirehat dan afiat di dalam daerah Pulau Pinang tempat persandaran segala hamba Allah yang kesakitan adam Allah hayatuha ma’a khair al-dunya a’maluha wa maqsuduha wa razaqaha min al-jalal barang dawam kiranya di dalam bandar izam yang muazzam al-masyhur fi al-dar yang kepujian pada mendirikan panji2 adilnya atas segala hamba Allah daripada fakir dan miskin dan menolongi segala yang teraniayai dan yang telah dikurniai Allah pangkat dan darjat pada melimpahkan kemurahan dan barang dilanjutkan Allah Subhanah wa taala umur matinya di dalam alam dunia ini dan barang dipeliharakan Tuhan Jalil al-Jabbar jua kiranya daripada segala mara bahaya seterunya serta bertambah2 izzah dan saadah dan sejahtera atasnya amin2 Allahumma amin syahadan amma ba’d 

Saturday, October 20, 2018

Surat Arung Temujung Aceh kepada Francis Light (MS40320/3, f.76) berkaitan perdagangan

Qawluhu al-Haqq 

Alhamdulillah rab al-alamin wa al-aqibat li al-muttaqin wa al-solat wa al-salam ala saidina Muhammad wa alihi wasahbih ajma’in ya rab al-‘arsy al-karim bahawa inilah surat Arung Temujung timbul dari Aceh yang putih serta dengan ikhlas sampai kepada sahabat kita Gurnador yang memerintahkan Pulau Pinang yang amat mengasihani segala dagang dengan orang miskin lagi sahabat lagi seperti ibu bapa serta dengan kirim tabik kepada Gurnador dengan sahabat kita Kapitan Uskut  amma ba’du 

Senarai barang dan harganya (MS40320/3, f.75)

Seratus dua puluh
Empat ribu dua ratus dulapan puluh enam rial tiga puluh duit 
ditolak sembilan rial tinggal empat ribu dua ratus
Tujuh puluh tujuh rial tiga puluh duit dalam itu harga

Surat daripada Dato' Bendahara dan Dato' Keempat Suku Batu Bara kepada Francis Light (MS40320/3, f.74) berkaitan kici dan meriam (Ahad, 10 Safar)

Surat tulus ihlas  daripada Datu Bendahara serta Datu Kempat  Suku datang kepada sahabat kita Guberunador Pulau Pinang yang bijaksana lagi arif memerintah negeri dan lagi amat mengasihi dagang senteri maka mashurlah nama kepujian tiap tiap2 desa dan jajahan maka segala sahabat pun menadahkan kedua tapak tangan 

Surat daripada Engku Maharaja Lela Pane kepada Francis Light (MS40320/3, f.73) berkaitan hutang dan perniagaan

Qawlu  al-Haqq

Bahawa ini alamat al-hayat sohifah al-ikhlas surat tulus dan ikhlas ini daripada Engku Maharaja Lela yang duduk bermakam dalam negeri Pane syahadan barang disampaikan Tuhan semesta alam dengan sentosanya kepada Tuan Kapitan Lak yang ada memegang perintah dalam negeri kota Pulau Pinang syahadan lagi amat mashur  limpah kemurahan akan segala rakyat dan lagi amat arif dan bijaksana pada melakukan perintah yang amat adil syahadan barang bertambah2 kiranya kekayaan dan kemuyaan  amin thumma amin wa ba’du 

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS40320/3, f.72) berkaitan urusan haji (1201/1787)

Al-Shams wa al-Qamar 

Ini surat tulus ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas tahta  singgasana  kerajaan di dalam negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan di dalam negeri Pulau Pinang yang amat setiawan dan berkasih kasihan antara sahabat bersahabat maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dahu 

Surat Perjanjian penerimaan hutang Yang Dipertuan Siak Inderapura (MS40320/3, f.71) pada hari Rabu, 23 Zulhijah 1202 (24 September 1788)

Qawluhu al-Haqq 

Hijrah al-Nabi Muhammad Salla Allah alayhi wa sallam seribu dua ratus dua tahun kepada dua puluh tiga haribulan Zulhijah kepada hari arba’ fi waktu duha dewasa itulah pada menyatakan Duli Yang Dipertuan Tuha yang Maha Mulia dalam negeri Siak Seri Inderapura bertitah serta berwakil yang mutlak kepada Tahir ini daripada hal menerimakan piutang Duli Yang Dipertuan Tuha yang Maha Mulia kepada Raja nan Muda yang duduk di tanah putih serta dengan Tuan Syed Zubir