Saturday, October 20, 2018

Surat Arung Temujung Aceh kepada Francis Light (MS40320/3, f.76) berkaitan perdagangan

Qawluhu al-Haqq 

Alhamdulillah rab al-alamin wa al-aqibat li al-muttaqin wa al-solat wa al-salam ala saidina Muhammad wa alihi wasahbih ajma’in ya rab al-‘arsy al-karim bahawa inilah surat Arung Temujung timbul dari Aceh yang putih serta dengan ikhlas sampai kepada sahabat kita Gurnador yang memerintahkan Pulau Pinang yang amat mengasihani segala dagang dengan orang miskin lagi sahabat lagi seperti ibu bapa serta dengan kirim tabik kepada Gurnador dengan sahabat kita Kapitan Uskut  amma ba’du 



kemudian daripada itu adalah teman kita Panglima Muda kita suruh membawa dagangan kepada sahabat Gurnador mana yang sudah laku kalau boleh dengan bolehnya harga dagangan itu kita hendak rial dengan beras boleh kita carikan timah lagi karena opiun ini tiada boleh dapat timah rial juga dengan beras maka dapat timah kemudian kita pergi ke Pulau Pinang baharu kita bayar utang  kita kita ini baharu mencari dagangan hendak melakukan yang belum laku baharu bagi dua yang sudah laku dua buah perahu kita suruh membawakan dagangan Gurnador yang sebuah nama nakhodanya Panglima Muda yang sebuah nama nakhodanya Nakhoda Caca  itulah berikan harga dagangan yang dibawa itu rial dengan beras sudah bersalin Raja Tuanku Besar baharu kita ke Pulau Pinang suatu pun tiada cenderamata daripada kita hanyalah minyak setakar minyak sapi kepada sahabat kita Gurnador yang setakar kepada sahabat kita Kapitan Uskut tamat al-kalam wallahu a’lam bi al-sawab 

No comments:

Post a Comment