Thursday, October 25, 2018

Surat Teuku Muda dan Po Cat Lam Bak kepada Francis Light (MS 40320/4, f.13) berkaitan beras dan pinang

ini alamat surat daripada Teuku Muda dan daripada Po Cat Lam Bak  mengirimkan sembah barang disampaikan Allah kiranya kepada kakandar  hamba iaitu Tuan Kupitan  Lak  yang beroleh pangkat dan darjat dan yang melimpahkan kemurahan akan segala hamba Allah mencari rezeki amin wa ba’d 

Surat Sayid Husain di Aceh kepada Francis Light dan James Scott (MS 40320/4, f.12) berkenaan peperangan di Aceh (11 Zulkaedah 1200/5 September 1786)

Bismillah al-rahman al-rahim 

Alhamdulillah wahdah wa al-salat wa al-salam ‘ala man la nabiy ba’dah bahawa inilah warkah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada Tuan Sayid Husain barang disampaikan oleh Tuhan Rab al-‘Arsy al-‘Azim apalah kiranya datang kepada sahabat kita tuan Gurnador Raja Pulau Pinang dan Kapitan Uskut  ialah yang telah beroleh pangkat daripada tuhan Rab al-‘Alamin wa ba’d 

Semua dijemput hadir: 30 Oktober 2018, 3 - 4:30 pm, CenPRIS, USM


Tuesday, October 23, 2018

Teuku Po Cut Gadang kepada Francis Light dan Scott (MS 40320/4, f.11) berkaitan dagangan beras, lada dan pinang

Qawluhu al-Haqq

Ini alamat surat daripada Teuku Po Cut Gadang tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada terhingga dan tiada bermasa selagi ada kiranya peredaran wa al-nur al-syams wa al-maqar  dan serta perkasihan malam dan siang iaitu daripada barang disampaikan oleh Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya kepada sahabathu  Dato Gunador Pulau Pinang dan kedua dengan Dato Uskut  yang beroleh kebesyaran  dan kemuliaan yang memerintahkan bandar kompeni di dalam daerah nenggeri  Pulau Pinang dan mengasih segala dagang wa al-ba’d maka adalah umpamakan seperti sepohon kayu di tengah padang yang rampak lagi rendang daunnya dan serta harum baunya maka sekalian pun bernaunglah di bawahnya kepada ketika tengah hari maka sekalian burung pun makanlah buahnya maka angin pun bertiuplah dengan lembah  lembut maka memerciklah baunya yang amat lazat catirasa  maka mesralah kepada segala anggota maka mengucap sukuru  segala yang bernaung di bawahnya ini maka masahurlah  wartanya kepada segala alam sebab mendengar perangai yang demikian itu maka rindulah kita amat inilah akan ganti kita surat kita ini dan lagi arif bijaksana kepada memerintahkan kepada berkasih kasihan antara sahabat dan handai dan taulannya wa ba’d 

Surat daripada Po Lim Muda Perkasa negeri Dua Puluh Dua dan Raja Setia Indera negeri Pedir Tengah Tiga Puluh kepada Francis Light (MS 40320/4, f.9 & f.10) memohon bantuan untuk peperangan

Ini alamat surat daripada Tuanku Panglima Po Lim Muda Perkasa yang memegang perintah negeri Dua Puluh Dua dan Tuanku Bentara Kemangan Raja Setia Indera yang memegang perintah negeri Pedir Tengah Tiga Puluh sembah kami akan tuan barang disampaikan Allah kiranya kepada tuan Kapitan Lat  yang dipeliharakan Allah tuan dalam dunia Pulau Pinang yang kelebihan tuan memerintahkan rakyat tuan terlalu baik masyhurnya tuan memerintahkan negeri itu masyhur kepada kami negeri Aceh tuan memerintahkan segala anak dagang dari timur sampai ke barat yang masyhur sempurna akal bicara tuan lagi arta  pun banyak kepada tuan 

Surat Lebai Dapa bandar Susuh kepada Francis Light (MS 40320/4, f.8) berkaitan harga lada (3 Rejab 1208/4 Februari 1794)

Inilah tapak tangan kami sahabat tuan

Surat tulus yang diidafatkan dengan nabzah dijadikan ibtida’ al-kalam wa tahmid al-zam  termaktub dalamnya tabik banyak2 daripada beta sahabat tuan Lebai Dapa  yang terwakaf sekarang dalam daerah bandar Susuh  juga adanya barang disampaikan Allah Taala apalah kiranya kepada sahabat kami Gurnador yang telah memegang jambatan dalam daerah Pulau Pinang yang telah masyhur kebesarannya fi kul al-baldah timur dan barat wa ba’dah 

Surat Teuku Muda Muhammad Said Teluk Semawi kepada Francis Light (MS 40320/4, f.7) berkaitan perahu dagangan yang dihantar ke Pulau Pinang

Alhamdulillah asma’ al-‘izam wa rab al-‘arsy al-kiram wa ihtimal al-ajmal ‘ala khairih al-akmal wa ‘ala alihi wa ashabihi Muhammad sayyidina ‘alaihi al-‘azim wa bi al-hidayah al-a‘yan al-karim telah selesailah daripada memuji sifat  al-rahman wa bi al-qudrah al-a’la dan selawat akan Rasulullah ila akhir al-zaman maka diidafatkan dalamnya salam al-tam yang dihiasi dan kalam al-ikhtisas daripada Teuku Muda Muhammad Said di negeri Teluk Semawi dahrul  aman disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya jinan al-manan selama sulalat al-ra`y al-jinan wa huwa barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya kepada Gurnador yang telah ada sekarang di negeri Pulau Pinang.yang telah termasyhur kepada negeri yang asing dari dunia datang ke akhirat amin ya rab al-‘alamin