Thursday, October 25, 2018

Surat Teuku Muda dan Po Cat Lam Bak kepada Francis Light (MS 40320/4, f.13) berkaitan beras dan pinang

ini alamat surat daripada Teuku Muda dan daripada Po Cat Lam Bak  mengirimkan sembah barang disampaikan Allah kiranya kepada kakandar  hamba iaitu Tuan Kupitan  Lak  yang beroleh pangkat dan darjat dan yang melimpahkan kemurahan akan segala hamba Allah mencari rezeki amin wa ba’d 


ada pun kemudian dari itu barang tuan ketahui akan hal ahwal perahu hamba sebuah memawa  beras Nakhoda Putera Dianang  ke Salang hamba suruh singgah ke mari kepada tuan jika ada kasih tuan akan hamba jika boleh tuan ambillah enam puluh sekoyan tuan ambil di sini ada lekas pulang perahu kepada hamba ada lekas hamba memawa  pinang2 sudah wasil isi perahu itu jikalau tiada boleh tuan ambil sekian haraktu  suruh dia pegi  ke Salang Nakhoda Putera yang lain perahu di belakang itu tiga buah hamba memawa  pinang kapal sebuah pinang jua hamba suruh ke mari jua tamat al-kalam satu pun tiada hanya seluar Pasangan ada sehelai tamat

No comments:

Post a Comment