Tuesday, October 23, 2018

Teuku Po Cut Gadang kepada Francis Light dan Scott (MS 40320/4, f.11) berkaitan dagangan beras, lada dan pinang

Qawluhu al-Haqq

Ini alamat surat daripada Teuku Po Cut Gadang tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada terhingga dan tiada bermasa selagi ada kiranya peredaran wa al-nur al-syams wa al-maqar  dan serta perkasihan malam dan siang iaitu daripada barang disampaikan oleh Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya kepada sahabathu  Dato Gunador Pulau Pinang dan kedua dengan Dato Uskut  yang beroleh kebesyaran  dan kemuliaan yang memerintahkan bandar kompeni di dalam daerah nenggeri  Pulau Pinang dan mengasih segala dagang wa al-ba’d maka adalah umpamakan seperti sepohon kayu di tengah padang yang rampak lagi rendang daunnya dan serta harum baunya maka sekalian pun bernaunglah di bawahnya kepada ketika tengah hari maka sekalian burung pun makanlah buahnya maka angin pun bertiuplah dengan lembah  lembut maka memerciklah baunya yang amat lazat catirasa  maka mesralah kepada segala anggota maka mengucap sukuru  segala yang bernaung di bawahnya ini maka masahurlah  wartanya kepada segala alam sebab mendengar perangai yang demikian itu maka rindulah kita amat inilah akan ganti kita surat kita ini dan lagi arif bijaksana kepada memerintahkan kepada berkasih kasihan antara sahabat dan handai dan taulannya wa ba’d 



kemudian dari dari  itu akan surat Po Cut Gadang dibawa oleh Bapi  muda hamba Teuku Panda  Yang Po Cut Jalil telah selamat sempurna sampai kepada Gunadar  sejahteranya maka saya membukalah hati yang suci dan muka yang jernih maka terhambarlah daripada lipatnya dan menterinya  maka tatapilah daripada sekalian barisnya maka terhambarlah daripada perkaan  yang lembah  lembut maka teranglah telinga segala yang mendengarkan dia sherta  terbukalah hati saya mendengarkan perkataan yang teguh tersebut dila  surat ini itu kerana perahu hamba suruh datang kepada tuan sebuah dan orang empat lima orang hamba suruh bawa beras lebih dengan kurang empat lima koyan tuan ambilkan akan wasil utang  piutang tuan suruh pulang balik perahu dalam dua tiga hari sebagai lagi akan hal Nakhoda Po kata pelabuh kerana dia sudah mati di Kuala Kerati tiada dalam bandar Teluk Semawi arta  dia sama2 dia yang adanya tinggal dalam kedai dia lebih kurang sebungkal sedikit banyak yang lain dalam ikhtiar Teuku Muda Po Cut Daut  jangan sahabat kita ada dalam perbuatan hamba ini sebagai lagi kerana hamba tiada lagi dalam bandar Teluk Semawi sudah dalam nenggeri  Pasangan sudah hamba duduk sahabat suruh datang kapal hamba wasil dagangan pertama2 lada kedua pinang sedikit banyak insya Allah Taala kerana bandar Teluk Semawi tinggal kepada Tengku Muda Muhammad Saat biarlah hamba diam dalam nenggeri  Pasangan demikianlah tamat al-kalam amin
sebagai lagi tuan beri kapal dengan modal kerana hamba orang hina dina mas pun kurang dalam tangan jikalau sahabat beri kapal serta dengan modal tetap harab hamba akan Allah dan harab hamba akan Rasulullah dan harab hamba akan sahabat Gunador juga hamba duduk dalam bandar Pasyangan  insya Allah hamba minta kepada Allah dan kepada Rasulullah hamba ikhtiar pinang dengan lada dalam nenggeri  Pasangan kasih sayang Datuk akan Po Cut Datuk kirim syama  barang bemanyam  dua kerana sakit tubu  tiada boleh hambanya Datuk mencari

No comments:

Post a Comment