Bismillah al-rahman al-rahim
Alhamdulillah wahdah wa al-salat wa al-salam ‘ala man la nabiy ba’dah bahawa inilah warkah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada Tuan Sayid Husain barang disampaikan oleh Tuhan Rab al-‘Arsy al-‘Azim apalah kiranya datang kepada sahabat kita tuan Gurnador Raja Pulau Pinang dan Kapitan Uskut ialah yang telah beroleh pangkat daripada tuhan Rab al-‘Alamin wa ba’d
kemudian dari itu barang mafhumlah kiranya tuan akan hal negeri Aceh sudah beperang dengan orang ulu Panglima Po Lam dan hamba pun sangatlah susah hendak keluar tiada diperu melainkan jikalau ada tolong tuan hendaklah segera tuan suruh ambil dengan kapal sebelum lagi masuk hamba daripada fitnah orang Aceh mudah mudahan boleh segera hamba keluar dari Aceh dengan tolong tuan demikianlah adanya dan lagi jikalau jadi Kapitan Uskut menyuruh kapal ke Sambas biarlah Sayid Muhammad dengan kerani Mahyuddin dan Enci Amat orang hamba pergi bersama2 tuan berikan modalnya tiga rial yang tinggal pada Kapitan Uskut dahulu berikan pada tangan Sayid Muhammad dan kerani Mahyuddin dibelikan dagangan yang patut ke Sambas serta boleh menerima piutang hamba yang tinggal di Sambas dahulu itu itulah tolong tuan banyak dan jikalau tiada jadi kapal Kapitan Uskut menyuruh ke Sambas jikalau ada kapal hendak ke Sambas yang lain pun jikalau orang yang baik tuan tahu boleh Sayid Muhammad dan kerani Mahyuddin tuan tupangkan pergi ke Sambas kerana hendak membayar piutang hamba yang tinggal dahulu itu tersurat pada sebelas hari bulan Zulkaedah sanah 12 ha
No comments:
Post a Comment