Ini alamat surat daripada Tuanku Panglima Po Lim Muda Perkasa yang memegang perintah negeri Dua Puluh Dua dan Tuanku Bentara Kemangan Raja Setia Indera yang memegang perintah negeri Pedir Tengah Tiga Puluh sembah kami akan tuan barang disampaikan Allah kiranya kepada tuan Kapitan Lat yang dipeliharakan Allah tuan dalam dunia Pulau Pinang yang kelebihan tuan memerintahkan rakyat tuan terlalu baik masyhurnya tuan memerintahkan negeri itu masyhur kepada kami negeri Aceh tuan memerintahkan segala anak dagang dari timur sampai ke barat yang masyhur sempurna akal bicara tuan lagi arta pun banyak kepada tuan
kemudian dari itu ada suatu tahun tuan berkirim khabar kepada Nakhoda Bakau Lebai khabar tuan hendak berkasih kasihan bersahabat dengan kami sekarang pun sangatlah suka hati kami menengar khabar tuan itu kami pun hendaklah bersahabat dengan tuan kemudian kami hendak kirim surat kepada tuan tiada sempat kerana kapal itu sangat bocor lalulah ia berlayar sebab itulah tiada jadi kami kirim surat kepada tuan sekarang kami kirimkan surat sepucuk khabar kepada tuan akan hal ehwal negeri kami Aceh sangat susah kerana sebab Raja kami tiada benar hukumnya akan segala isi negeri dan segala anak dagang itulah sebab kesakitan kami dalam negeri dan segala kapal Keling dan kapal orang putih pun tiada boleh berniaga sebab Raja bubuh saudagar satu kerana itulah kesakitan orang negeri dan orang putih dan orang dagang tiada boleh berniaga sekarang muafakat kami orang tiga saki Aceh hendak kami perang Raja ini sekarang apa tolong bicara tuan akan kami tuan tolong beri akal bicara akan kami jikalau ada kasih tuan akan kami tuan beri bantu satu kapal akan kami dengan alat peperangan jikalau tuan penuhkan pinta kami kami pun pepenuh pinta tuan kepada kami kerana harap kami kepada tuan jikalau ada kasih tuan tolong kami segera tuan beri dalam bulan ini kerana kami hendak pukul kapal Raja Aceh dua buah di kuala sebab itulah sukar kami perang di darat jikalau ada tolong tuan di laut kami di darat di laut ikhtiar tuan di darat ikhtiar kami asal tuan bantu kami di laut jikalau barang apa nafas tuan kepada kami beri jikalau kapal tuan satu berniaga ke tanah Aceh tiada kami ambil usir lima tahun mana nafas tuan berniaga itulah perjanjian kami dengan tuan kerana khabar kami sudah habis kepada Kapitan Fitras jikalau tuan hendak bertanya kepada kapitan itu kerana ia sudah tahu hal ehwal negeri Aceh maklum kepada tuan jikalau tiada kapal kepada tuan beri alat bedil kepada Kapitan Fitras jikalau tuan ambil harga kepadanya pun baik jika beri pakai kepadanya pun baik jikalau ada kasih tuan segera kerana kami sudah tiga bulan kami kepung langgar kota dalam sekarang kapal raja di laut ini Olanda kawal terlalu jahat perahu orang bermuat lada dan pinang hendak berlayar ke Pulau Pinang habis direbutnya oleh Olanda dibunuh orang itu semuanya kerana Raja punya bot dan kapal Kapitan Fitras sudah tujuh bulan diambil oleh Olanda itu kerana buatan Nakhoda Po Saleh dengan Raja kemudian dari itu ada kami suruh orang kami sama dengan Kapitan Fitras jikalau ada kasih tuan kami hendakkan bedil pemuras dua puluh pucuk dan senapang lima puluh pucuk dan buah bedil meriam kecil dan bedil rentaka dan buah bedil senapang dua bahara dan ubat bedil lima pipih dan opiun dua puluh peti dan kesemih dan cawan pinggan dan tawas dan pindang dan embalau dan kapas semuanya harga lima kati emas itulah minta tolong kami kepada tuan kerana harap kami kepada tuan akan harganya tuan ambil kepada kami pinang ruak dan pinang kacib dan lada akan harga dagangan tuan dan harga lada negeri Pedir sepikul harganya tengah sembilan mayam dan harga pinang kotahak sepuluh laksa sebungkal mas dan harga pinang kacib harganya sepikul tengah empat ringgit itulah negeri Pedir punya harga diberi sama kapal orang putih sekarang kami beri kepada tuan harga lada sepikul dulapan mayam dan pinang kotahak harganya dua belas laksa sebungkal dan pinang kacip harganya sepikul harganya tiga ringgit itulah kami beri kepada tuan harganya sekarang ini hadiah kami akan tuan Kapitan Lat kuda palang merah satu dan kambing kasi dua buah dan kepada Kapitan Askut hadiah kami kepada tuan kuda belak hitam satu dan kambing kasi dua itulah hadiah kami akan tuan akan hadiah negeri ini tiadalah yang baik itulah yang ada sekadarnya tamat al-kalam bi al-khair
No comments:
Post a Comment