Sunday, May 5, 2019

Surat Dato Raju kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 70) berkaitan masalah rampasan dagangan

Ya Aziz al-Karim 

Hamba Dato’ Raju hamba yang teramat hina lagi yang sangat daif maklumkan sembah pada ke bawah kadam Dato’ Gurnador yang amat mulia lagi aziz al-karim 

Surat Dato' Bandar Nakhoda Aman kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 69) berkaitan hutang

Ya Qadiya al-Hajat 

Ini surat daripada Dato’ Bandar Nakhoda Aman barang sampai kepada Dato’ Gurnador yang istira  di dalam bandar Pulau Pinang lagi artawan dan dermawan 

Surat Dato Muhamad Lebai Marikan kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 68) berkaitan pembayaran dan hutang

Ya Aziz 

Hamba Dato Muhamad Lebai Merikan merafakkan sembah pada ke bawah kadam Dato’ Tuan Gurnador Raja di Pulau Pinang yang teramat mulia wa ba’dah 

Senarai dagangan kapas (MS 40320/6, f. 67)

Bandela Babad fasal kapas 
10 Pertama ambilan Hakim Bab sepuluh bandela 
11 Sebagai ambilan Wan Long Ismail sebelas bandela 
7 Sebagai pula ambilan Wan Long Ismail diterima Po Meteri tujuh bandela 
16 Sebagai ambilan Bapu enam belas 
2 Sebagai ambilan Po Cat dua bandela 
Bandela
Babad fasal yang dijual Nakhoda Kecik Harganya 
2 Pertama Abdul Qadir dua bandela harganya tujuh puluh rial 70 
1 Dan Nakhoda Buyung satu bandela harganya tiga puluh lima rial 35 
2 Dan Mia Sab  dua bandela harganya tujuh puluh rial 70 
1 Dan Peru  Muhamad satu bandela harganya tiga puluh lima rial 35 
1 Dan Sayid Farid satu bandela harganya tiga puluh lima rial 35
1 dan orang Jeram satu bendala harganya tiga puluh lima rial 35 
1 sebagai dijual rincik2 satu bandela harganya tiga puluh empat rial 34 
½ sebagai dijual tengah bandela harganya harganya tujuh belas belas rial seemas 17.4 
9 ½ 331.4 

Surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS 40320/6, f. 66) berkaitan pembelian meriam dan senapang

Ya Ghafur al-Rahim 

Daulat Tuanku Saha  Alam Zillullah fi al-alam ampun Tuanku patik Kapitan Laik Dewa Raja hamba pacal yang amat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah lebu telapakan cerpu Duli Yang Dipertua Besar serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah sudi terjunjung ke atas jemala patik hamba ampun tuanku 

Surat Dato Seri Perdana Menteri kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 65) berkaitan perjanjian perdagangan

Pxxxx  tahun xxx  pada sembilan hari bulan Muharam hari Arba’ pada ketika itu adalah nyonya bawa mari kapitan xxxxxxx  iaitu daripada wakil Senyur Frangsis  Jordan  Syaudagar negeri Mandras   xxxxxxx  Muhamad Jiwa Zainul Azilin Muazzam Shah Yang Maha Mulia semayam di negeri  Kedah Perlxxxxx  

Surat daripada Dato Bendahara Batu Bahara kepada Francis Light (MS 40320/6, 64) berkaitan hadiah kuda

Suhuf ikhlas serta suci hati yang tiada berhingga sediakala ada peredaran cakerawala bulan dan matahari iaitu daripada Dato Bendahara yang bermakam dalam negeri Batu Bahara barang disampaikan Allah Tuhan sarwa alam kiranya datang kepada Komodor yang diberi kompeni yang memerintah negeri Pulau Pinang yang beroleh pangkat dan darjat kebesaran dan kemuliaan lagi amat baik budi pekerti dan lagi bijaksana pada melakukan perintah sahabat bersahabat kasih dan berkasihan pada segala negeri dan haterakan amat masyhurlah warta yang demikian itu maka beberapa segala hamba Allah minta doa barang dikekalkan Allah kiranya perangai yang wahyu itu beserta pula kita pohonkan kepada Allah Azza Wajalla barang dilanjutkan kiranya umurnya sahabat kita wa ba’dahu