Sunday, May 5, 2019

Surat Dato Raju kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 70) berkaitan masalah rampasan dagangan

Ya Aziz al-Karim 

Hamba Dato’ Raju hamba yang teramat hina lagi yang sangat daif maklumkan sembah pada ke bawah kadam Dato’ Gurnador yang amat mulia lagi aziz al-karim 


hamba Dato’ maklumkan ahwal adalah hamba Dato’ ini ditebus oleh Piru  Muhamad dari kecil dipeliharanya maka di dalam itu hamba Dato’ berniaga duduk asing maka segala syaudagar2  pun percayalah akan hamba Dato’ maka hamba Dato’ sambut dagangan duduk berkedai maka oleh tuan hamba Dato’ itu ia berbuat marah akan hamba Dato’ habis dirampasnya segala dagangan2 itu adalah dua ratus rial maka hamba Dato’ pinta tiada mahu dipulangnya beri akan hamba Dato’ biarlah esok lusa katanya ia hendak pulang beri maka hamba Dato’ pergi kepada Dato’ Syaudagar  Raja pinta tolong bayar ambil hamba Dato’ daripada tuan hamba Dato’ Piru  Muhamad itu maka oleh Dato’ itu ditolongnya bayar ambil hamba Dato’ rial hamba Dato’ sendiri sepuluh rial dan rial Dato’ itu tengah tiga puluh rial bayar akan tuan hamba Dato’ itu maka Dato’ itu suruh perbuat surat putus dengan nama Dato’ itu maka hamba Dato’ tanya apahal Dato’ buat surat putus dengan nama Dato’ maka lalu Dato’ itu kata janganlah hang gundah lepas dua tiga hari aku pulang beri surat ini maka hamba Dato’ berdiamlah maka sampai setahun sudah hamba Dato’ pinta2 surat putus itu maka Dato’ itu buat esok lusa tiada mahu diberinya maka inilah hamba Dato’ anak beranak dan mentuha hamba Dato’ lima orang hendak berhamba diri pada kadam yang mulia jika mati hidup atau kadam yang mulia hendak jual ke mana2 pun jadi kesukaan sangatlah hamba Dato’ apa anak beranak akan emas Dato’ itu tengah tiga puluh rial itu barang2 di mana2 pun hamba Dato’ cahari hutang hendak bayar maka hendak balik kepada Dato’ Syaudagar  Raja itu tiadalah hamba Dato’ mahu kerana tentulah Dato’ itu hendak berbuat aniaya di atas hamba Dato’ kerana hamba Dato’ bukannya hamba Dato itu tuan hamba Dato’ Piru  Muhamad itulah boleh kadam yang mulia periksa segala syaudagar2  Alor Setar yang ada mari duduk berkedai berniaga dalam Pulau Pinang ini maka tatkala hamba Dato’ duduk asing berkedai di Alor Setar itu pun boleh kadam yang mulia periksa segala syaudagar2  itu maka harap sangatlah hamba Dato’ dahulu Allah wa ba’du rulnya  akan penolong tilik rahim kasihan kadam yang mulia di atas hamba Dato’ anak beranak yang sangat daif ini jika tiada dengan penolong kadam yang mulia jadi teraniayalah hamba Dato’ dijual oleh Dato’ Saudagar Raja itu hamba Dato’ anak beranak tiada dengan sebenarnya ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan izzah bertambah2 sihat afiat amin 

No comments:

Post a Comment