Ya Ghafur al-Rahim
Daulat Tuanku Saha Alam Zillullah fi al-alam ampun Tuanku patik Kapitan Laik Dewa Raja hamba pacal yang amat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah lebu telapakan cerpu Duli Yang Dipertua Besar serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah sudi terjunjung ke atas jemala patik hamba ampun tuanku
maka adalah ahwal kapal Nakhoda Marikan mari dalam kapal itu kata Nakhoda Marikan ada bawa sipai dan meriam dan senapang ampun tuanku maka sipai dan meriam dan senapang itu patik terima ambil bubuh dalam kota atau hantar ke Kayang pun patik pohonkan titah yang kusus supaya boleh patik amalkan ampun tuanku daulat saadat bertambah ‘ala al-dawam ila yaum al-qiamah perbuat surat pada empat haribulan Rejab pada hari Ahad tamat
Bahawa akan kapal hamba dibawa Nakhoda Marikan dari negeri Telengga Badi serta utusan daripada Gurnador bawa surat serta persembahannya pada kami maka hendaklah anak kami Laik Kapitan Dewa Raja suruh belayar mari ke Perlis ini jika barang sesuatu kehendak maka di dalam kapal itu mari pinta pada kami boleh kami beri jangan ambil di jalan jadi salah pada adat Raja2 itulah kami ajar akan anak kami boleh diturut kerajakan perbuat surat Selasa tamat
No comments:
Post a Comment